awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Sri Aman II mula beroperasi, beri manfaat kepada lebih 100,000 penduduk

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
03/09/2022
02:40 MYT
Hospital Sri Aman II mula beroperasi, beri manfaat kepada lebih 100,000 penduduk
Bangunan Projek Hospital Sri Aman Fasa II, Sarawak yang mula dibina pada 26 Oktober 2015 dan mempunyai sebanyak 108 katil. - Foto BERNAMA
KUCHING: Perkhidmatan kesihatan dan perubatan awam di Sarawak akan terus dipertingkatkan dengan beroperasinya Hospital Sri Aman II secara rasmi pada 1 September lalu.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) Dr Ooi Choo Huck dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Jelasnya, Hospital Sri Aman II berkenaan dilengkapkan dengan beberapa fasiliti utama termasuk 108 katil dan menawarkan tujuh perkhidmatan kepakaran.
“Antara yang ditawarkan ialah Perubatan Am, Pediatrik, Pembedahan Am, Kebidanan dan Sakit Puan (O&G), Ortopedik, Radiologi dan Anestesiologi sementara perkhidmatan kepakaran Psikiatri pula akan terus dikekalkan di Hospital Sri Aman yang lama.
“Pengoperasian hospital berkenaan akan memberi manfaat dan kemudahan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Bahagian Sri Aman dan daerah di sekitarnya,” katanya.
Untuk rekod, Hospital Sri Aman II itu menelan belanja sejumlah RM192 juta melibatkan dua fasa pembinaan selepas kerja-tanah dimulakan pada tahun 2012 yang akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 populasi di bahagian itu.
Rancangan penambahbaikan sektor kesihatan itu sebahagian daripada enam projek pembinaan hospital dan klinik di Sarawak merangkumi pembinaan tambahan bangunan, kelengkapan perubatan serta kuarters kakitangan.
Ia merangkumi pembinaan Hospital Sri Aman II dan lima buah projek yang melibatkan kos sebanyak RM695.5 Juta di Miri, Mukah, Kuching dan Serian serta dijangka siap tahun 2023.
Topic Berkaitan
#Hospital Sri Aman II
#Ooi Choo Huck
#perubatan awam
#perkhidmatan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan