awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hospital Sungai Buloh cari waris Mohd Roni Malik

Bernama
Bernama
11/01/2023
23:50 MYT
Hospital Sungai Buloh cari waris Mohd Roni Malik
Lelaki itu dikenali sebagai Mohd Roni Malik merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh dan telah dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia. -Bernama
KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh sedang berusaha mengesan waris seorang lelaki yang meninggal dunia pada 31 Dis lepas dan mayatnya masih tidak dituntut di Jabatan Forensik hospital itu.
Hospital Sungai Buloh dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu dikenali sebagai Mohd Roni Malik merupakan tahanan Penjara Sungai Buloh dan telah dimasukkan ke hospital berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia.
"Pihak Jabatan Penjara telah membuat pencarian waris terdekat bagi urusan pengebumian iaitu Sapinah Salleh (pasangan) dan Nurul Natasya Nabila Mohd Roni (anak) beralamat di Flat City Height, Taman Sri Sg Chua, 43000 Kajang, tetapi tiada waris ditemui mengikut alamat tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, Hospital Sungai Buloh memohon waris si mati ataupun orang ramai yang mengenali si mati dan waris supaya tampil memberikan maklumat dengan hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan hospital berkenaan.
Mereka yang mengenali si mati boleh menghubungi Nur Hanani Mohd Nasir di talian 03-61454333 sambungan 2256 atau Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di talian 03-61454333 sambungan 3100.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hospital Sungai Buloh
#Jabatan Forensik
#penjara
#waris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan