KUALA LUMPUR: Seorang bapa kepada tiga anak, yang tular di media sosial sebagai ‘Hot Daddy’ bersama dua rakan wanitanya berhubung video tidak bermoral, didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu.
Dua penganggur iaitu, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, dan Norhidayah Mahadi, 24, manakala pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Nurul Izzah Shaharuddin.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam, di Pejabat Siasatan Jenayah D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, antara jam 11.47 dan 11.54 malam, 15 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April depan untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah yang memakai baju berwarna hitam, didakwa atas satu pertuduhan memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam, di pejabat D7 Ibu Pejabat Daerah Polis Wangsa Maju, di sini, pada jam 4 petang, 22 Januari lalu.
Dua tertuduh ini boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang membawa hukuman denda antara RM10,000 dan RM50,00 atau dipenjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Hakim, Siti Aminah Ghazali membenarkan setiap tertuduh ini diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.
Dalam dua kes itu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyna Nor Azmal dan Sheryn Yong Shi Yee manakala Hasli Ikhwan diwakili peguam, Mohammed Hissham Ramdzan sementara peguam, Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar untuk dua tertuduh wanita terbabit.
Pada 26 Januari lalu, Hasli Ikhwan dan dua rakan wanitanya, Norhidayah serta pengurus syarikat swasta, Norshazrina Md Zamri, 27, didakwa masing-masing atas satu pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X di Pejabat D7 (Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) Bukit Aman di sini, pada jam 10.10 pagi, 16 Januari lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 372 (1) (e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki dikesan menjalankan aktiviti menjual rakaman video seksnya dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang.
Suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang, pada jam 2.30 petang, 17 Januari lalu.
Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 04 2024
Hasli Ikhwan (kiri) bersama dua rakan wanitanya didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Isnin, atas satu pertuduhan menjual video lucah, dua bulan lalu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
Measat, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
[TERKINI] Kawalan ketat di semua balai polis dan individu berprofil tinggi
Kawalan keselamatan di balai polis dan kawasan yang melibatkan individu berprofil tinggi termasuk istana akan dipertingkatkan susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu turut merangkumi keselamatan anggota polis dan individu berprofil tinggi termasuk menteri besar.
Hot Daddy, dua rakan wanita didakwa lagi, jual video lucah
Hot Daddy bersama dua rakan wanitanya didakwa lagi di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas satu pertuduhan menjual video lucah.
Kandungan podcast langgar batas undang-undang boleh diambil tindakan - Fahmi
Kerajaan belum berhasrat untuk mengenakan sebarang kawal selia ke atas kandungan yang dihasilkan pengendali audio siar atau podcast.
'Mengejutkan!' - Menteri agama ingatkan pempengaruh jangan normalisasi maksiat
Pempengaruh media diingatkan agar tidak mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.
'Hot Daddy': Empat wanita mengaku salah miliki video lucah
Empat wanita yang dikaitkan dengan iklan video intim seorang lelaki dikenali Hot Daddy, didenda kerana memiliki video lucah.