awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Mengejutkan!' - Menteri agama ingatkan pempengaruh jangan normalisasi maksiat

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2024
09:45 MYT
'Mengejutkan!' - Menteri agama ingatkan pempengaruh jangan normalisasi maksiat
Mohd Nai'im berkata, tindakan sebuah program podcast yang mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu adalah sesuatu yang mengejutkan.
SHAH ALAM: Pempengaruh media diingatkan agar tidak mencipta sensasi sehingga sanggup menormalisasikan perkara maksiat dan mungkar kerana menagih populariti.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai'im Mokhtar berkata, tindakan sebuah program podcast yang mengundang seorang individu yang sedang dibicarakan di mahkamah berkaitan aktiviti persundalan sebagai tetamu adalah sesuatu yang mengejutkan.
Menurutnya, amat jelas bahawa aktiviti persundalan adalah satu perlakuan jijik di sisi agama.
“Nabi SAW bersabda bermaksud: Seorang Mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia berada di bawah gunung, dia takut gunung itu akan menghempapnya. Sedangkan orang fajir (derhaka), dia melihat dosa-dosanya seperti melihat lalat hinggap di hidungnya’-Riwayat al-Tirmizi.
“Saya mengajak semua pihak terutamanya pempengaruh media untuk bertanggungjawab kepada agama dan negara.
“Marilah kita sentiasa memberikan contoh dan akhlak yang baik kepada masyarakat agar segala perbuatan baik yang diikuti akan mendapat pahala yang berpanjangan.
"Pada masa sama, kita membina generasi yang menjunjung tinggi nilai-nilai agama dan akhlak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.
Pada Isnin, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor turut menyuarakan perkara sama dan kesal apabila program podcast itu menjemput 'Hot Daddy' sebagai tetamu.
Lelaki berkenaan sebelum ini didakwa di mahkamah atas tuduhan mengiklankan video lucah menerusi aplikasi X.
Jelas Wan Salim, tindakan tersebut amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan persundalan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohd Nai'im Mokhtar
#hot daddy
#normalisasi maksiat
#podcast
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan