IPOH: Sebanyak 14,514 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) manakala 500 motosikal disita dari 18 hingga 25 April menerusi Advokasi dan Op Motosikal sempena Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2023.
Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 51,039 motosikal manakala sitaan kerana kesalahan tiada perlindungan insurans, lesen memandu dan lain-lain, membabitkan 291 lokasi Point of Duty (POD) di seluruh negara.
Katanya enam kesalahan utama yang dikesan ialah tiada lesen memandu membabitkan 4,583 notis, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (2,600 notis), tiada insurans (2,364 notis), lesen memandu tamat tempoh (168 notis), tidak memakai topi keledar (160 notis) dan tidak mematuhi lampu isyarat (120 notis).
"Menurut kajian, penggunaan topi keledar yang betul akan dapat mengurangkan kecederaan sebanyak 25 peratus kepada pengguna motosikal. Oleh itu, langkah-langkah advokasi dan penguatkuasaan tegas akan terus dilaksanakan JPJ dari semasa ke semasa bagi menurunkan kadar kemalangan dan kemalangan maut membabitkan pengguna motosikal," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.
Terdahulu beliau hadir pada Op Khas Motosikal bagi negeri Perak sempena Op Bersepadu HRA 2023 di sini.
Lokman berkata bagi Op Khas Motosikal negeri Perak dari 18 hingga 25 April, sebanyak 7,146 motosikal diperiksa dan daripada jumlah tersebut 1,313 motosikal telah diambil tindakan di bawah Akta 333.
Sementara itu, Lokman berkata dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan dan kemalangan maut pada musim perayaan ini, tindakan advokasi serta penguatkuasaan secara bersasar difokuskan kepada penunggang atau pembonceng motosikal di seluruh negara.
Katanya ia adalah berdasarkan rekod kemalangan maut pengguna motosikal bagi tempoh 2010 hingga 2022 adalah paling tinggi jika dibandingkan dengan pengguna kenderaan lain iaitu melebihi 60 peratus.
Justeru Lokman berkata melalui Op Bersepadu HRA Peringkat Kebangsaan 2023, JPJ melaksanakan strategi penguatkuasaan dan advokasi khas kepada pengguna motosikal bagi membudayakan pematuhan undang-undang jalan raya serta penerapan rasa bersalah apabila melakukan pelanggaran peraturan khususnya punca kemalangan maut serta membahayakan pengguna lain.
"Dipohon kerjasama pengguna jalan raya khususya penunggang dan pembonceng motosikal untuk sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya serta bertoleransi bersama pengguna jalan raya yang lain demi keutamaan keselamatan ketika di jalan raya," katanya.
Untuk sebarang aduan, orang awam boleh menyalurkan pelaporan secara terus atau real time melalui aplikasi MyJPJ e-aduan@jpj atau e-mel [email protected] berserta butiran lengkap aduan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 26 2023
Lokman (kiri) memakaikan ves keselamatan kepada seorang penunggang motosikal ketika Operasi Bersepadu Sempena HRA 2023 di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, malam tadi. Turut sama, Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan (kanan). --fotoBERNAMA
1MDB: Tidak wujud budaya kerja silo - Najib
Najib menafikan wujud struktur budaya kerja secara silo ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
“Adik berusia 17 tahun boleh fikir tentang keadaan calon SPM tahun hadapan” - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah berkongsi rasa sedih dan kesal tentang pelajar mangsa banjir yang perlu meneruskan peperiksaan SPM. “Menteri patut mendengar dan memahami keadaan calon yang terkesan” katanya.
Banjir: 71,196 mangsa masih berteduh di 246 PPS setakat jam 5 petang
Ini merupakan penurunan sebanyak 1,149 orang berbanding 72,345 orang yang dilaporkan pada jam 4 petang tadi, menurut portal InfoBencanaJKM.
“Kerajaan tetap akan beri pertimbangan cuma tidak boleh disegerakan..”-PM
Perdana Menteri berkata bantuan untuk kerugian akibat banjir melibatkan haiwan ternakan dan kemudahan di rumah akan dipertimbangankan.
Tema klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 kini boleh digunakan di PlayStation 5
Tema Klasik PS1, PS2, PS3 dan PS4 Kini Boleh Digunakan Di PlayStation 5
Serangan jantung mengejut, pelakon Korea Selatan Park Min-jae meninggal dunia
Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Min-jae, 32, meninggal dunia akibat serangan jantung di China, Jumaat lalu.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Curi nasi lemak di kedai serbaneka, dua rakan dipenjara sebulan
Dua rakan dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas mengaku bersalah mencuri beberapa jenis makanan termasuk nasi lemak dan mi goreng di sebuah kedai serbaneka semalam.
Najib nafi terlibat dalam transisi TIA ke 1MDB
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Jho Low mengenai transisi TIA kepada 1MDB.
AWANI Ringkas: Kerajaan teliti cadangan bina tebing tinggi atasi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.
JPJ panggil semula 3,722 kereta Perodua Alza, Aruz, motosikal Honda CB350RS
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memanggil semula 3,722 kenderaan melibatkan kereta Perodua Alza dan Aruz serta motosikal Honda CB350R.