awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSNZ Kuala Terengganu terima kontena tempatkan jenazah pesakit COVID-19

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
30/09/2021
22:38 MYT
HSNZ Kuala Terengganu terima kontena tempatkan jenazah pesakit COVID-19
Kontena berkenaan telah ditempatkan di HSNZ sejak 19 September lalu bagi pengasingan jenazah COVID-19. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu menerima sebuah kontena sejuk beku bagi menempatkan jenazah pesakit COVID-19.
Kontena yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam dan adat melayu Terengganu (MAIDAM) itu mampu menampung kira-kira 20 mayat dalam satu masa.
Menurut Timbalan Pengarah (Perubatan) HSNZ, Dr Siti Salmy Mat Nor, kontena berkenaan telah ditempatkan di HSNZ sejak 19 September lalu bagi pengasingan jenazah COVID-19 dan jenazah pesakit biasa.
"Dengan adanya kontena ini dapat memuatkan 20 jenazah pada satu-satu masa akan dapat memudahkan kita untuk mengasingkan mayat-mayat COVID-19 dan non-covid dan ia bukan adalah petanda bahawa jumlah jenazah kita bertambah tapi untuk menguruskan pengurusan jadi bagi pihak hospital sultanah nur zahirah sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada MAIDAM Terengganu," kata Dr Siti Salmy.
Dr Siti Salmy berkata dalam tempoh sehari kira-kira empat atau lima jenazah akan ditempatkan di kontena tersebut.
Terdahulu, MAIDAM Terengganu meluluskan peruntukan RM48,000 untuk membantu HSNZ menyediakan kontena khas menempatkan jenazah pesakit COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M Rozi Bidin berkata pihaknya menyalurkan peruntukan sebanyak lapan ribu ringgit sebulan bagi tempoh enam bulan bagi penyediaan itu.
Topic Berkaitan
#kontena
#mayat
#HSNZ
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan