awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia

Bernama
Bernama
15/09/2023
09:03 MYT
HSR Jakarta-Bandung permudah pergerakan rakyat, pacu pertumbuhan ekonomi Indonesia
Mao menyatakan HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik usaha sama China dan Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). - Gambar fail/REUTERS
BEIJING: Perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung diyakini dapat mempermudah pergerakan penduduk Indonesia sambil membantu mencungkil potensi pertumbuhan ekonomi tempatan, kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning.
Rabu lalu, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menaiki kereta api itu yang sedang dalam ujian perjalanan dengan diiringi beberapa anggota Kabinet.
Jokowi berkata China kaya dengan pengalaman membina HSR yang dilengkapi teknologi canggih.
Beliau berharap operasi HSR itu dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran di Jakarta, serta menggalakkan lebih ramai rakyat beralih menggunakan pengangkutan awam.
Untuk itu, Mao menyatakan HSR Jakarta-Bandung merupakan projek ikonik usaha sama China dan Indonesia di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Menurut beliau, ia merupakan HSR buatan China yang pertama dieksport ke luar negara, dengan 100 peratus menggunakan teknologi dan piawaian China.
"Kereta api laju itu hasil sinergi China dan negara serantau ke arah modenisasi. Ia akan turut menaik taraf pembangunan kesalinghubungan di rantau ini," kata Mao.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#HSR
#Kereta Api Berkelajuan Tinggi
#Jakarta Bandung
#Jokowi
#Kementerian Luar China
#BRI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan