awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2024
00:18 MYT
HUAWEI perkenal era baharu segmen tablet dan komputer riba
HUAWEI umum pelancaran dua produk terbaharu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 dan MateBook D 16 2024.
KUALA LUMPUR: Selepas kejayaan melancarkan beberapa variasi produk berteknologi tinggi, HUAWEI umum pelancaran dua produk terbaharu, HUAWEI MatePad Pro 13.2 dan MateBook D 16 2024 yang bakal menetapkan satu paras tinggi di dalam dunia teknologi.
HUAWEI MatePad Pro 13.2
Dengan hanya seberat 580g dan ketebalan hanya 5.5mm, pengenalan tablet ini menjadikan ia salah sebuah tablet teringan dan ternipis di industri.
Menampilkan skrin fleksibel OLED 13.2 inci, ia mencapai nisbah skrin-ke-tubuh sebanyak 94%, menampilkan sempadan yang hanya 3.4mm – menjadikannya tablet dengan sempadan ternipis dan nisbah skrin-ke-tubuh tertinggi dalam industri.
Ia merupakan salah sebuah tablet teringan dan ternipis di industri.
HUAWEI MatePad Pro 13.2 boleh berfungsi sebagai tablet, dan juga komputer dengan pengenalan papan kekunci baharu.
HUAWEI MatePad Pro 13.2 juga kini mengoptimumkan keberkesanannya melalui HUAWEI M-Pencil (generasi ke-3) yang menampilkan Teknologi NearLink.
Ia merupakan revolusi dalam siri Pencil, yang boleh mencapai latensi rendah hanya 2ns dan modul pengambilan tekanan yang dinaiktaraf berteknologi tinggi, menawarkan lebih dari 10,000 kepekaan tekanan.
Ia kini sesuai digunakan bagi kesemua golongan termasuk pelajar, profesional, pelukis, ilustrator hingga ke pencipta kandungan.
HUAWEI MateBook D 16 2024
Sementara itu, HUAWEI MateBook D 16 2024 merupakan siri laptop yang penuh padat dan bertenaga, direka untuk kepuasan pengguna yang inginkan gaya hidup yang berkesan.
Dari aspek lain komputer riba ini dilengkapi pilihan prosesor terkini, 13th Gen Intel® Core™ i9, yang mampu untuk memberikan kelancaran penggunaan merentasi pelbagai aspek penggunaan.
Ia menampilkan ciri skrin besar, dengan prestasi tinggi.
HUAWEI MateBook D 16 2024
Dengan memiliki ciri prestasi tinggi, dilengkapi skrin besar dan badan yang ringan, ia direka bagi menembusi batasan ruang, memberi kuasa kepada pengguna untuk mencipta, belajar, dan bekerja dengan lancar.
Tawaran Eksklusif
Tawaran eksklusif hanya di  kedai pengalaman HUAWEI atau laman web rasmi HUAWEI .
Tawaran eksklusif hanya di kedai pengalaman HUAWEI atau laman web rasmi HUAWEI .
Tempahan awal untuk HUAWEI MatePad Pro 13.2 dibuka sehingga 25 Januari 2024, bermula dari RM4,599, dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,145.
Manakala HUAWEI MateBook D 16 2024, bermula dari RM2,899, disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM2,144.
Sila layari kedai pengalaman HUAWEI atau laman web rasmi HUAWEI untuk maklumat lanjut.
#AWANIByte: Tablet 13 inci Huawei yang ternipis dan teringan dalam industri
Topic Berkaitan
#Huawei
#HUAWEI MatePad Pro
#HUAWEI MateBook D
#teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan