LAWATAN Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin ke Indonesi bermula hari ini dan akan berakhir dengan pertemuan dengan Presiden Joko “Jokowi” Widodo esok pagi – merupakan satu bayangan betapa perlu dan penting kedua-dua negara itu bekerjasama dalam keadaan ketidaketentuan dan mencabar ini.
Berlangsung dalam suasana penularan pandemik virus yang amat membimbangkan, lawatan ini yang pertama Muhyiddin ke luar negara semenjak menjadi Perdana Menteri.
Ini dan hakikat Jokowi menjemput Muhyiddin dalam keadaan mencabar adalah bukti bagaimana kedua-dua negara meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap hubungan dua hala.
Maka, apakah sebenarnya menjadi fokus perbincangan apabila kedua-dua pemimpin bersemuka pagi esok di Istana Merdeka?
Dalam hubungan yang dalam, kompleks dan menyeluruh antara Indonesia dan Malaysia, jelas banyak yang perlu diperbincangkan.
Mungkin selamat untuk diandaikan sekurang-kurangnya ada tiga perkara yang akan dibincangkan dengan serius.
Pertama dan yang paling utama, adalah bagaimana kedua-dua negara boleh menjalinkan kerjasama yang lebih mantap menangani pandemik COVID-19.
Tidak dinafikan Indonesia dan Malaysia terkesan dengan gelombang demi gelombang jangkitan virus COVID-19 yang telah meragut banyak nyawa, sekali gus merencatkan ekonomi serta menekan sistem penjagaan kesihatan.
Kedua-dua negara baru-baru ini mencatatkan kadar jangkitan harian tertinggi, dengan kadar jangkitan terkumpul hampir 1.1 juta di Indonesia dan lebih 225,000 di Malaysia.
Pasti, Muhyiddin berminat untuk berkongsi pandangan terutamanya pengalaman Indonesia melancarkan kempen secara besar-besaran penggunaan vaksin Sinovac Biotech.
Dalam pada itu, Malaysia juga dijangka menerima bekalan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNtech pada penghujung Februari.
Hal ini memberikan ruang kedua-dua negara untuk berkongsi strategi dan kepakaran diperolehi dari program vaksinasi masing-masing, termasuk di kawasan mencabar seperti Borneo.
Lanjutan itu adalah diharapkan kedua-dua pemimpin akan mengambil pendekatan jangka panjang dan mula mengadakan perbincangan bagaimana kedua-dua negara boleh bekerjasama menangani perubahan mendadak dunia yang disebabkan oleh pandemik ini.
Hakikatnya, tidak banyak negara yang benar-benar bersedia berdepan dengan perubahan yang melanda yang sudah terbukti memberi impak luar jangkaan terhadap sekian lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Indonesia dan Malaysia tidak boleh bersikap pasif dan sekadar memberi tindak balas terhadap perubahan-perubahan ini.
Sebaliknya, kita perlu menggabung sumber dan kepakaran yang ada untuk merangka langkah seterusnya.
Topik perbincangan kedua yang dijangka akan mendominasi pertemuan esok adalah kerjasama ekonomi.
Indonesia dan Malaysia berkongsi banyak kepentingan ekonomi dan kerjasama yang lebih rapat akan memastikan pertumbuhan yang berterusan bagi kedua-dua negara.
Antara kerjasama yang perlu dipertingkatkan adalah dalam sektor pertanian atau degan lebih spesifik - kelestarian minyak sawit.
Malaysia dan Indonesia menyumbang hampir 85 peratus pengeluaran minyak sawit global.
Kedua-dua negara pasti terkesan dengan penguncupaan akses dan permintaan untuk minyak sawit di pasaran Eropah, terutamanya.
Keputusan Kesatuan Eropah (EU) pada 2019 untuk mengurangkan penggunaan minyak sawit dalam menjelang 2030 adalah satu tamparan hebat bagi kedua-dua negara.
Walaupun Malaysia dan Indonesia adalah pesaing sengit di dalam pasaran antarabangsa sawit, kedua-dua negara boleh mencari jalan strategik untuk bekerjasama melancarkan kempen antarabangsa yang mampu menangkis persepsi negatif terhadap minyak sawit.
Untuk mencapai objektif ini, kedua-dua pemimpin harus menumpukan usaha bagi memastikan syarikat minyak sawit mematuhi piawaian dan mempromosi strategi mesra alam dan menjaga hak pekerja tanpa mengira di mana mereka beroperasi.
Tentu sekali dengan hanya menuding jari ke arah pelobi kepentingan pesaing dalam perniagaan minyak masak adalah penyebab reputasi buruk minyak sawit tidak mencukupi.
Sesungguhnya tiada publisiti yang lebih baik bagi mempromosikan minyak sawit melainkan melalui komitmen kerajaan dan syarikat-syarikat pengeluar terhadap alam sekitar dan kesejahteraan pekerja.
Faktor ketiga dan mungkin yang paling penting dalam mesyuarat hari ini di antara Jokowi dan Muhyiddin adalah untuk mereka memutuskan nada dan hala tuju hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.
Atas dasar ini, banyak yang perlu dibuat oleh kedua-dua negara.
Tidak dinafikan hubungan dua hala kedua-dua negara adalah kukuh dan stabil.
Pastinya, ia dalam keadaan lebih baik sekarang berbanding awal tahun 2000 dan awal 2010 ketika pertikaian sempadan maritim dan pertentangan budaya seperti isu batik sering mendominasi ruang hubungan dua hala Indonesia Malaysia.
Pun begitu, kedua negara tidak boleh mengambil lewa tahap hubungan baik hari ini.
Persepsi seakan-akan kedua-dua negara sudah cukup melakukan apa yang perlu dalam hubungan dua hala boleh melemahkan kelangsungan sedia ada.
Inilah sebabnya kedua-dua negara patut berusaha untuk memantapkan hubungan dua hala dengan visi untuk mengisytiharkan status “hubungan istimewa” menjelang tahun 2022.
Status “hubungan istimewa” akan mencerminkan realiti pertalian Malaysia dan Indonesia yang memangpun sudah terjalin melalui budaya, sejarah, keselamatan dan kemakmuran bersama.
Realitinya kedua-dua negara tidak mungkin dapat dipisahkan.
Jauh dari sekadar menokok penggunaan jargon baru dalam hubungan Malaysia – Indonesia, status hubungan istimewa merupakan formalisasi proses yang mampu menggalakkan pemikiran baharu dan meniup semangat kerjasama yang amat penting ini.
Menyedari hubungan kukuh Malaysia-Indonesia bersedia memasuki era yang lebih komprehensif, Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, CSIS Jakarta dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, ISIS Kuala Lumpur akan memantapkan kerjasama, sepadan dengan usaha pemimpin kedua-dua negara untuk terus bergerak seiringan dengan mantap, membentuk formasi kukuh bagi menghadapi suasana dunia yang kian mencabar.
* Herizal Hazri adalah Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Kuala Lumpur dan Philips Vermonte adalah Eksekutif Direktor Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS) Jakarta
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Herizal Hazri, Philips Vermonte
Thu Feb 04 2021
Hakikat bahawa Joko Widodo menjemput Muhyiddin Yassin dalam keadaan mencabar adalah bukti bagaimana kedua-dua negara meletakkan nilai yang sangat tinggi terhadap hubungan dua hala. - Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Unjuran 2025: KDNK Malaysia berkembang 4.6 peratus, FBM KLCI capai 1,800 mata - MIDF Research
MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia akan berkembang pada kadar 4.6 peratus pada tahun 2025.
FTA Malaysia-Korea Selatan dijangka dimuktamad tahun depan jika tidak terjejas krisis politik
Perjanjian FTA antara Malaysia dan Korea Selatan dijangka dimuktamadkan tahun depan, tertakluk kepada kestabilan politik di Korea Selatan.
Fasa pertama perdagangan TBB Malaysia-Singapura bermula bulan ini
Ia hasil daripada pelaksanaan bidaan menerusi Energy Exchange Malaysia (ENEGEM) pada Jun lalu.
Banjir: Malaysia terima bantuan kemanusiaan daripada Pakistan
Pesawat kargo khas dari Pakistan yang membawa sumbangan banjir peringkat pertama untuk rakyat Malaysia, selamat mendarat di Terminal MASKargo kira-kira 4.30 petang tadi.
Malaysia, Brunei terus perkukuh hubungan dan kerjasama
Malaysia dan Brunei terus memperkukuh hubungan serta kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.
Malaysia pantau rapat situasi di Syria, utamakan keselamatan rakyat
Malaysia memantau secara rapat perkembangan situasi di Syria serta potensi implikasinya terhadap kestabilan serantau.
Video tular: Pendakwah perlu berdakwah dengan ilmu, akhlak mulia - Mohd Na'im
Golongan pendakwah diingatkan agar menyampaikan dakwah dengan adab, hikmah dan akhlak mulia bagi memastikan mesej Islam diterima dengan baik oleh masyarakat.