awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan Malaysia-Indonesia terus kukuh di bawah kepimpinan Jokowi-Ma'aruf

Bernama
Bernama
20/10/2019
20:54 MYT
Hubungan Malaysia-Indonesia terus kukuh di bawah kepimpinan Jokowi-Ma'aruf
Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah, antara pemimpin dan ketua negara yang hadir sempena pelantikan Jokowi sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2019-2024. - Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahniah kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) atas pelantikannya sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2019-2024.
Dr Mahathir yakin hubungan akrab yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia, akan terus diperkukuh lagi demi kemakmuran serta kesejahteraan kedua-dua negara.
"Semoga Yang Mulia Bapak Presiden (Jokowi) serta seluruh rakyat Republik Indonesia sentiasa memperoleh rahmat dan keberkatan," katanya dalam satu video 'Chedet', yang disiarkan televisyen Indonesia, TVRI, bersempena pelantikan Jokowi pada Ahad.
Presiden Jokowi pada Ahad (20 Oktober) mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua, pada majlis pelantikannya di bangunan Parlimen Indonesia, yang turut dihadiri pemimpin luar termasuk Dr Mahathir.
Dr Mahathir, yang diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, antara 17 pemimpin dan ketua negara yang hadir pada majlis pelantikan Jokowi serta naib presiden Indonesia, Ma'aruf Amin.
Selain Dr Mahathir, antara pemimpin dan ketua negara yang hadir ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.
Jokowi kekal memimpin negara demokrasi ketiga terbesar di dunia itu bagi penggal kedua selepas memenangi Pilihan Raya Presiden 2019 pada 17 April lepas.
Jokowi bergandingan dengan Naib Presiden yang baharu, Ma'aruf Amin, 76, selepas pasangan itu menang pada Pilihan Raya Presiden 2019, menewaskan pencabar mereka, pasangan Prabowo Subianto dan Sandiaga Uno.
"Saya percaya Republik Indonesia di bawah gandingan kepimpinan Bapak Jokowi dan Bapak Ma'aruf Amin akan terus berjaya dan makmur," kata Dr Mahathir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Hubungan dua hala
#Indonesia
#Joko Widodo
#Jokowi
#ma'aruf amin
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#negara jiran
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan