awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hubungan pertahanan Malaysia-Jerman diharap terus diperkukuh

Bernama
Bernama
16/10/2024
23:00 MYT
Hubungan pertahanan Malaysia-Jerman diharap terus diperkukuh
Kapal frigat Tentera Laut Jerman FGS Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, FGS Frankfurt am Main yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang. - Foto Facebook/Khaled Nordin
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap hubungan pertahanan antara Malaysia dan Jerman terus dieratkan di masa hadapan.
Berucap semasa melakukan lawatan ke kapal frigat Tentera Laut Jerman FGS Baden-Wurttemberg dan kapal sokongan tempur, FGS Frankfurt am Main yang berlabuh di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang, Mohamed Khaled berkata kedua-dua negara mempunyai kerjasama pertahanan yang baik sejak dahulu lagi.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai pelabuhan persinggahan dan berharap Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jerman dapat menggunakan peluang itu untuk mengeratkan hubungan.
"Saya percaya hubungan pertahanan yang baik ini tidak terhad kepada domain laut. Saya turut menzahirkan penghargaan kepada Jerman kerana memilih Malaysia sebagai persinggahan dalam German Air Force's 2024 Asia-Pacific Tour," katanya dalam hantaran di Facebook rasmi beliau.
Turut hadir semasa lawatan berkenaan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Lokman Hakim Ali dan Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamed Khaled Nordin
#Malaysia-Jerman
#hubungan pertahanan
#FGS Baden-Wurttemberg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan