Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 19 September 2026.

  1. Pegawai penjara lawat kediaman Najib di Langgak Duta

    Suasana di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta mencuri tumpuan hari ini susulan kehadiran beberapa pegawai daripada Jabatan Penjara Malaysia serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  2. Isu kelewatan bekalan baja: SPRM rakam keterangan Mohamad Sabu, KSU

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian itu berhubung siasatan membabitkan isu kelewatan bekalan baja di Kedah.

  3. Op Fella: SPRM rakam keterangan Isa Samad di Penjara Sungai Buloh

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Penjara Sungai Buloh pada 17 Sept lepas, bagi membantu siasatan kes Op Fella.

  4. Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan - SPRM

    Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman.

  5. Tahanan rumah Najib: Pertikai keputusan Agong tidak selari dengan Perlembagaan - Ahmad Zahid

    Mana-mana pihak yang mempertikai keputusan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berhubung pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan tidak selari dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  6. Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan - Saifuddin

    Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi pemakluman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

  7. Anthony Loke tawar diri letak jawatan menteri, wakil DAP lain kekal dalam Kabinet

    Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menawarkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.

  8. 102 penderma organ selepas kematian direkodkan hingga Ogos tahun ini

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 102 penderma organ selepas kematian dari Januari hingga Ogos tahun ini. 

  9. Turath perlu diperkasakan depani perubahan zaman, AI - PM Anwar

    Tradisi turath perlu terus diperkasakan supaya kekal relevan dan menjadi pedoman kepada generasi masa kini serta akan datang, dalam mendepani perubahan dunia termasuk perkembangan kecerdasan buatan (AI).

  10. Kerjasama politik Bersatu-Pas sudah berakhir - Muhyiddin

    Kerjasama politik antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kini disahkan berakhir secara rasmi, sekali gus merungkai tanda tanya mengenai keretakan hubungan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).
     

Must Watch Video

Advertisement