Skip to main content

Malaysia

Fahmi rujuk aduan iklan kesihatan dalam talian kepada MCMC

Hari ini saya bertemu dengan wakil persatuan dan pakar perubatan di Kuala Lumpur untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu yang menjadi perhatian mereka. -- FB Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aduan itu, merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuannya hari ini bersama dengan wakil persatuan dan pakar perubatan di Kuala Lumpur. - Foto Facebook Fahmi Fadzil
Advertisement

KUALA LUMPUR: Aduan berhubung iklan serta promosi kesihatan dalam talian yang didakwa menyalahi peraturan dan boleh mengelirukan orang ramai, akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata aduan itu, merupakan antara isu yang dibangkitkan dalam pertemuannya hari ini bersama dengan wakil persatuan dan pakar perubatan di Kuala Lumpur.

“Perkara ini akan saya panjangkan kepada MCMC untuk penelitian dan tindakan lanjut bersama dengan pihak berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata pertemuan itu diadakan untuk mendengar sendiri pandangan, cadangan serta isu yang menjadi perhatian wakil persatuan dan pakar perubatan berkenaan.

Fahmi turut berterima kasih atas perkongsian yang terbuka dan konstruktif dalam pertemuan tersebut.

“Pandangan mereka yang berada di lapangan penting, untuk kita memahami masalah sebenar dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement