awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
418 Notis Pemberitahuan Kesalahan kes buang sampah kecil setakat 22 Januari - SWCorp
Kementerian Perpaduan lancar Koleksi Digital British Colonial Office
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan air batu landa Singapura petang tadi

Astro Awani
Astro Awani
25/06/2013
12:27 MYT
Hujan air batu landa Singapura petang tadi
Selepas lebih seminggu berdepan dengan masalah jerebu buruk, Singapura hari ini dilanda hujan batu.
Ia melanda beberapa kawasan di pulau berkenaan antaranya Jurong, Bukit Batok dan Choa Chu Kang kira-kira pukul 3 petang tadi.
Fenomena hujan batu ini menarik perhatian orang ramai yang berkongsi gambar dan video di laman sosial.
Menurut Agensi Alam Sekitar Singapura, ia merupakan kejadian pertama sejak 2008.
Berdasarkan imej yang dirakam, ketulan hujan batu dianggarkan mempunyai diameter antara lima hingga 50 milimeter.
Pemilik akaun laman sosial Facebook yang memuatnaik video tersebut, Jazly Bear berkata, ketulan hujan batu yang turun adalah sebesar duit syiling lima sen.
Jazly Bear: “Yeap. Size of 5 cent coins.”
Video yang memaparkan kejadian hujan batu itu mendapat lebih daripada 2,000 ‘shares’ dan lebih daripada 370 ‘like’ di laman Facebook. Antara komen di video tersebut adalah:
Khairul Arifin: "well at least its free ice"
Wayne Cheng: "How cool would it be if it snowed instead of hail."
Ina Aris: "OMG SO SCARY!"
Hujan lebat ini sangat dialu-alukan oleh rakyat Singapura yang baru-baru ini mengalami jerebu teruk lebih seminggu disebabkan oleh kebakaran hutan di Indonesia.
Kualiti udara di Singapura pernah berada di paras bahaya dengan bacaan IPU melebihi paras 300 ketika minggu pertama Jerebu melanda republik tersebut.
Klik untuk ikuti laporan disediakan Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Facebook
#hujan batu
#laman sosial
#pengguna
#reaksi
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan