awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, angin kencang diramal 24 hingga 31 Mei - MetMalaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
22/05/2023
10:34 MYT
Hujan lebat, angin kencang diramal 24 hingga 31 Mei - MetMalaysia
Ramalan berdasarkan analisis cuaca mendapati tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar.- Gambar hiasan
SHAH ALAM : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada Rabu sehingga 31 Mei depan.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, ia berdasarkan analisis model-model cuaca mendapati tiupan angin barat di rantau negara dijangka meningkat disebabkan oleh Taufan Mawar.
"Taufan Mawar ketika ini berada di barat lautan Pasifik dan dijangka bergerak ke arah barat laut menuju ke utara Filipina.
"Keadaan ini juga berpotensi menyebabkan fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung dan barat Sabah serta kawasan perairannya pada 24 hingga 31 Mei depan," katanya.
Sementara itu, MetMalaysia juga memaklumkan keadaan angin kencang dan laut bergelora juga dijangka berlaku di perairan Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara bermula 26 Mei hingga 1 Jun.
"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih," ujarnya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#MetMalaysia
#Taufan Mawar
#cuaca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan