awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat, ribut: Pokok tumbang hempap lima kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/03/2022
11:36 MYT
Hujan lebat, ribut: Pokok tumbang hempap lima kereta
Hujan lebat berserta ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap lima buah kereta di kawasan parkir restoran makanan segera KFC di Medan Gopeng, petang tadi. - Foto ihsan JBPM
IPOH: Hujan lebat berserta ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap lima buah kereta di kawasan parkir restoran makanan segera KFC di Medan Gopeng, di sini, petang ini.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 3.53 petang.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh yang diketuai PBK II Ridzuan Chik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati sebatang pokok besar telah tumbang dan menghempap lima buah kereta masing-masing jenis Proton Waja, Proton Saga BLM, Perodua Beza, PeroMyVi dan Honda CRV,” katanya dalam kenyataan di sini.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memotong dahan pokok. - Foto ihsan JBPM
Anggota bomba melakukan kerja-kerja memotong dahan pokok. - Foto ihsan JBPM
Bagaimanapun, katanya kejadian tersebut tidak melibatkan kemalangan jiwa.
Menurut jurucakap itu lagi, anggota bomba turut melakukan kerja-kerja memotong dahan pokok yang menimpa pokok serta mengalihkannya ke tempat selamat.
Katanya, operasi itu juga dibantu oleh pihak kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Operasi tamat pada jam 4.59 petang.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Pokok tumbang
#Medan Gopeng
#JBPM Perak
#restoran makanan segera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan