awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat sebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Gombak

Bernama
Bernama
10/11/2017
13:38 MYT
Hujan lebat sebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di Gombak
Penunggang motosikal terpaksa menolak motosikal berikutan banjir kilat di Hulu Langat malam ini. --fotoBERNAMA
Hujan lebat lebih dua jam di ibu negara petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Gombak dekat sini dilanda banjir kilat.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata beberapa kawasan termasuk Batu 7 1/2 Hulu Kelang dan Kampung Sungai Pusu dinaiki air di antara 0.2 hingga 0.5 meter selepas hujan kira-kira 4 petang tadi.
"Hujan lebat di kawasan terbabit menyebabkan air Sungai Klang melimpah ke kawasan rumah berhadapan dengan sungai.
"Kira-kira empat rumah terjejas kerana air naik di perkarangan rumah namun tiada mangsa yang dipindahkan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohd Sani berkata hujan lebat itu turut mengakibatkan tebing di sebatang jalan di Taman Mulia Jaya, Ampang dekat sini, runtuh.
"Kejadian kira-kira 5.30 petang itu mengakibatkan sebuah kereta Proton Wira rosak akibat dihempap tanah. Tiada mangsa dilaporkan cedera," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ampang
#banjir
#Gombak
#hujan
#Mohd Sani Harul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan