awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hukuman mati buruh bunuh tiga beradik kekal

Bernama
Bernama
26/09/2024
10:03 MYT
Hukuman mati buruh bunuh tiga beradik kekal
Shahrul Pitri dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 2020 kerana membunuh tiga beradik terbabit di Teluk Intan, Perak pada 2018. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman mati seorang buruh yang disabitkan dengan kesalahan membunuh tiga beradik, enam tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Shahrul Pitri Jusoh terhadap sabitan dan hukuman terhadapnya.
Ketika menyampaikan keputusan mahkamah, Abdul Rahman yang bersidang bersama-sama Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila mensabitkan Shahrul Pitri dengan kesalahan membunuh.
Beliau berkata hukuman mati itu, yang kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, adalah wajar berdasarkan keadaan jenayah tersebut.
Ketika Mahkamah Rayuan mendengar kes Shahrul Pitri pada 14 Sept 2023, pindaan terhadap undang-undang yang memansuhkan hukuman mati mandatori dan memberikan hakim kuasa budi bicara sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara, telah berkuat kuasa.
Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk mengimbangi simpati kepada pesalah dan kesengsaraan yang dialami oleh mangsa atau kerosakan yang berlaku akibat perlakuan jenayah Shahrul Pitri kepada masyarakat.
Beliau juga berkata prinsip am menyatakan bahawa mahkamah yang mendengar rayuan perlu berhati-hati dalam mencampuri hukuman yang dijatuhi kecuali ia menyalahi undang-undang, tidak memadai atau berlebihan.
Shahrul Pitri, 41, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 6 Ogos 2020 kerana membunuh Muhammad Faqih Zahirulhaq Mohd Fadzil, 5, Muhammad Firash Zafrill, 3, dan Nur Zia Fasihah, 2, di sebuah rumah di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Teluk Intan, Perak antara 2.30 petang hingga 2.40 petang pada 17 Mei 2018.
Terdahulu, peguam R. Mahendren Naidu berhujah bahawa ketika kejadian, anak guamnya mengambil dadah dan berang dengan bapa ketiga-tiga mangsa yang didakwa menipu gaji tertuduh.
Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal @ Zainol pula berhujah perunding psikiatri forensik Dr Ian Lloyd Anthony memberi keterangan di mahkamah bahawa Shahrul Pitri waras ketika dia membunuh tiga kanak-kanak itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hukuman mati
#buruh bunuh tiga beradik
#Mahkamah Persekutuan
#Shahrul Pitri Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan