SINGAPURA: Mahkamah Singapura pada Selasa menangguhkan pelaksanaan hukuman mati terhadap warga Malaysia D Nagaenthran atas dasar "kewarasan dan kemanusiaan (common sense and humanity)" selepas lelaki berusia 33 tahun itu disahkan positif COVID-19.
Begitupun, tiada sebarang tempoh masa diberikan dalam penangguhan itu dan keputusan sama ada hukuman terus ditangguh atau tidak akan diberitahu kelak, lapor Reuters.
Nagaenthran sepatutnya dihukum gantung pada pagi Rabu namun mahkamah bersidang pada Selasa bagi mendengar rayuan terakhir peguam yang mewakili tertuduh.
Menerusi hujahnya, peguam Nagaenthran berkata lelaki tersebut tidak sepatutnya dihukum mati kerana dia merupakan lelaki yang kurang upaya intelek.
Kes tersebut menarik perhatian antarabangsa termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan jutawan British Richard Branson.
BACA: Hukuman mati Nagaenthran: PM mohon Singapura ringankan hukuman
Semuanya meminta Singapura meringankan hukuman mati yang dikenakan terhadap Nagaenthran.
Nagaenthran ditahan pada April 2009 kerana mengedar kira-kira 42.72 gram heroin dan dijatuhkan hukuman mati selepas mahkamah mendapatinya bersalah.
Begitupun, peguamnya telah memfailkan rayuan terhadap hukuman itu dengan alasan lelaki tersebut tidak sihat dari segi mental.
Peguamnya berkata, sekiranya menggantung Nagaenthran, ia akan melanggar perlembagaan Singapura kerana dia seorang yang kurang upaya intelek.
Agensi
Tue Nov 09 2021
Tiada sebarang tempoh masa diberikan dalam penangguhan itu dan keputusan sama ada hukuman terus ditangguh atau tidak akan diberitahu kelak. - Foto change.org
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Hukuman mati: 'Permudahkan proses bawa balik jasad Nagaenthran' - Peguam
Kerajaan Malaysia, termasuk ahli perniagaan terkemuka Britain, Sir Richard Branson, cuba menggesa agar hukuman itu dihentikan, namun gagal.
Hukuman mati terhadap Nagaenthran ditangguh selepas positif COVID-19
Mahkamah Singapura pada menangguhkan hukuman mati terhadap warga Malaysia D Nagaenthran atas dasar "kewarasan dan kemanusiaan" selepas lelaki berusia 33 tahun itu disahkan positif COVID-19.
Hukuman mati Nagaenthran: PM mohon Singapura ringankan hukuman
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob difahamkan telah mengutuskan surat kepada rakan sejawatannya di Singapura bagi meringankan hukuman kes melibatkan seorang rakyat Malaysia.