KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa mengetepikan sabitan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah atas kesalahan mencuri dua peket Milo bernilai RM74 di sebuah pasar raya di Marang pada 25 Mei lalu.
Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan berkenaan selepas memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan untuk semakan kehakiman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Suhaini Mohd, 43, pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang.
Hassan kemudian memutuskan sabitan kes berkenaan diketepikan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh serta mengarahkan kes tersebut disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.
Naran ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes itu sebelum ini.
"Pertama, kesalahan lampau yang dikemukakan adalah tidak sah dari segi undang-undang dan kedua, ada ekshibit mereka (pihak pendakwaan) kemukakan tidak seharusnya dikemukakan," katanya di sini pada Selasa.
Sementara itu di Mahkamah Majistret Marang, Suhaini membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan semula kes berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.
Sejurus pengakuan tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 6 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Selain hukuman kerana mencuri dua peket Milo, hukuman penjara selama 18 bulan atas dua kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah yang dihadapi tertuduh turut ditangguhkan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Media sebelum ini melaporkan, seorang suri rumah dipenjarakan oleh Mahkamah Majistret Marang setelah mengaku salah mencuri dua peket Milo pada Mei lalu.
Suhaini yang beralamat di Kampung Kuala Abang, Dungun didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 Mei lalu di sebuah pasar raya di Marang.
Tertuduh sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan sama iaitu dua kes pada tahun 2019 dan satu kes pada tahun lalu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 20 2022
Suhaini (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Marang pada Selasa untuk pertuduhan semula kes. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nestle catat perolehan RM1.43bil pada Suku Pertama 2020
Permintaan pasaran mungkin lemah berbanding tahun lepas, tetapi ada pelbagai lagi pembelian praktikal seperti Nescafe, Milo, Maggi dan sebagainya akan membantu jualan Nestle tahun ini.
Hari Sarapan Terbesar Milo catat penyertaan 60,000 orang
Putrajaya menjadi lokasi ketujuh dan terakhir dalam penganjuran kali ini selepas menjelajah ke enam lokasi.
Milo ais RM5.90, RM6.70: Dua restoran diberi notis tunjuk sebab
KPDNKK Selangor mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada dua pengusaha restoran di sebuah pasar raya di Shah Alam yang mengenakan harga minuman tinggi.