KUALA LUMPUR: Kawasan hutan dianggarkan berkeluasan dua ekar (0.8 hektar) di Bukit Broga, Semenyih dekat sini terbakar malam ini dan kerja memadam kebakaran kini sedang giat dijalankan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata laporan kejadian diterima jam 7.39 malam tadi sebelum sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.
"Usaha mengawal kebakaran daripada merebak melibatkan kawasan hutan di puncak Bukit Broga sedang giat dijalankan. Punca kejadian belum dapat dipastikan buat masa ini dan tiada mangsa dilaporkan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian. - Foto: Sinar Harian
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Ulang alik seludup diesel Bukit Kayu Hitam-Bangkok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan tindakan seorang lelaki yang berulang alik Bukit Kayu Hitam-Bangkok untuk menyeludup keluar diesel.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Nancy berkata, ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
KKM pertimbang vaksin influenza untuk warga emas
Kementerian Kesihatan (KKM) mempertimbangkan untuk melaksanakan pemberian vaksin influenza kepada warga emas. Pihaknya kini merancang untuk memasukkan vaksin itu di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP).
Hutan 0.8 hektar terbakar di Bukit Broga
Sebuah jentera bersama sepasukan enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih dikerah ke lokasi kejadian.
Kebakaran hutan musnah 577 hektar taman negara di Argentina
Kebakaran itu menjejaskan kawasan berhampiran Sungai Centinela di taman negara berkenaan.
Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol disengajakan - Polis
Pasukan polis Guardia Civil sedang menjalankan tiga siasatan ke atas suspek insiden kebakaran itu.
200 hektar hutan terbakar di Jerman
Kira-kira 500 anggota keselamatan di seluruh Brandenburg dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
Gelombang haba musim panas melampau, kobar api hanguskan hutan Greece, Turki dan California
Gelombang haba yang melampau dalam musim panas kali ini membuatkan banyak kawasan berdepan bencana kebakaran yang sukar ditangani.
Lebih 12 hektar hutan ke Cameron Highlands terbakar
Lebih 12 hektar kawasan hutan di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands terbakar pada petang Khamis.
Hutan Simpan Bubu di Kuala Kangsar terbakar
Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan Hutan Simpan Bubu dekat sini terbakar petang ini.
Hutan di puncak Bukit Berekeh terbakar
14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput segera ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pemadaman.
85 peratus kebakaran hutan di Gelang Patah sudah dipadamkan
Usaha pemadaman kebakaran itu melibatkan tiga sektor, dengan hasil kerja 133 anggota termasuk 80 anggota JBPM.
Hutan seluas lebih 16 hektar terbakar di Gelang Patah
Kerja pemadaman api telah dilakukan sejak dua hari lalu itu pada mulanya hanya melibatkan keluasan 10 ekar.