awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia wajar pertimbang konsep gaji hidup tangani peningkatan kos sara hidup
Gempa bumi 5.7 magnitud landa wilayah Santiago Del Estero, Argentina
17,000 tan sisa makanan dibazirkan setiap hari, tindakan tegas diperlukan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan Simpan Bubu di Kuala Kangsar terbakar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
15/02/2021
14:52 MYT
Hutan Simpan Bubu di Kuala Kangsar terbakar
Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan Hutan Simpan Bubu dekat sini terbakar petang tadi. - Foto JBPM
KUALA KANGSAR:Cuaca panas sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan Hutan Simpan Bubu dekat sini terbakar petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 4.39 petang, Isnin.
Katanya, dianggarkan lebih dua hektar (5 ekar) kawasan hutan yang terbakar dalam kejadian tersebut.
“Operasi pemadaman ditangguhkan sehingga esok dan Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah dibuka di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, cuaca panas yang dialami ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempuh Februari hingga April setiap tahun.
Menurutnya, sehingga kini suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah lebih rendah berbanding tahun lalu.
Suhu tertinggi pada Februari 2021 adalah 36.2 darjah Celsius manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Topic Berkaitan
#Hutan Simpan Bubu
#hutan terbakar
#kebakaran hutan
#JBPM
#JBPM Perak
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan