awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hutan di tiga daerah di Pahang terbakar

Bernama
Bernama
11/03/2021
10:57 MYT
Hutan di tiga daerah di Pahang terbakar
Bomba menjangkakan kebakaran tersebut berkemungkinan mengambil masa kira-kira seminggu untuk dipadamkan sepenuhnya. - Gambar hiasan
KUANTAN: Beberapa kawasan hutan di Kuantan, Pekan dan Rompin dilaporkan terbakar sejak beberapa hari lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.
Beliau berkata buat masa ini punca kebakaran masih dalam siasatan, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan ia disebabkan cuaca panas atau aktiviti penduduk setempat yang membuka tanah.
Di Kuantan, katanya, kebakaran melibatkan kawasan seluas tiga hektar berhampiran Penjara Penor dan dua hektar hutan berhampiran Kampung Cenderawasih, Pekan manakala di Rompin, ia melibatkan 30 peratus daripada 1,000 hektar hutan berhampiran ladang kelapa sawit di Muadzam Shah serta dua hektar hutan di Kampung Menchali, Leban Chondong.
"Usaha memadam kebakaran sedang giat dilakukan termasuk dengan menggunakan teknik bom air daripada pesawat khususnya di Rompin memandangkan kebakaran berlaku di bahagian tengah hutan yang menyukarkan kita menghampiri lokasi kejadian.
"Bagi kawasan yang mempunyai akses masuk, kita juga membuat fire break dengan bantuan Jabatan Perhutanan bagi mengawal api daripada merebak ke kawasan lebih besar," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Wan Mohammad Zaidi berkata pihaknya juga menggembleng tenaga 200 anggota dan pegawai dari daerah berhampiran termasuk Maran, Bentong, Temerloh dan Lipis untuk membantu operasi pemadaman.
Berdasarkan pengalaman sebelum ini, Wan Mohammad Zaidi menjangkakan kebakaran tersebut berkemungkinan mengambil masa kira-kira seminggu untuk dipadamkan sepenuhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Pahang
#bomba
#JBPM
#cuaca panas
#aktiviti buka tanah
#Penjara Penor
#Pekan
#Kampung Cenderawasih
#Rompin
#Muadzam Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan