PUTRAJAYA: Kawasan seluas 23.83 hektar di Mukim Petaling, Kuala Lumpur diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) baharu di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) berkuat kuasa semalam (8 Okt), kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata HSK yang dikenali sebagai Hutan Simpan (HS) Sungai Besi (Tambahan) itu adalah bagi menggantikan kawasan HS Bukit Sungei Puteh, Mukim Cheras, Kuala Lumpur seluas 7.48 hektar yang diwarta keluar untuk pembangunan Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada tarikh sama.
Katanya HSK berkenaan diwartakan sebagai hutan perlindungan dan dikelaskan sebagai hutan penyelidikan, hutan lipur dan hutan pelajaran di bawah subseksyen 10(1) Akta 313, selain disytiharkan sebagai hutan tertutup di bawah Seksyen 45 akta sama.
"Proses pewartaan keluar dan penggantian HSK secara serentak itu adalah selaras dengan hasrat dan cadangan pindaan Akta 313 yang sedang diusahakan kerajaan.
"Ia merupakan manifestasi kepada komitmen untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah negara sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok," katanya selepas menyertai Program Berbasikal Penghijauan Malaysia sempena Hari Sukan Negara (HSN), di sini semalam.
Menurut Takiyuddin keluasan HS Sungai Besi (Tambahan) yang diwartakan itu adalah lebih besar berbanding HS Bukit Sungei Puteh yang diwarta keluar dan merupakan jenis hutan dipterokarpa tanah pamah.
Katanya penggantian HSK secara serentak itu turut meningkatkan sebanyak 0.35 peratus kawasan hutan daripada keluasan tanah di Kuala Lumpur.
"Kementerian berharap perkara ini dapat dicontohi pihak berkuasa negeri untuk mewartakan lebih banyak kawasan hutan sebagai HSK di negeri masing-masing bagi memelihara khazanah negara," katanya.
Mengenai Program Berbasikal Penghijauan Malaysia, katanya ia diadakan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Perbadanan Putrajaya dengan pengisian aktiviti berbasikal serta penanaman pokok.
Takiyuddin berkata aktiviti penanaman pokok selaras dengan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 2021-2025 yang diterajui kementeriannya.
Tujuh pokok jenis Cempaka ditanam di sisir tasik Presint 19 dan tempat itu turut dinamakan 'Dirian Hijau Putrajaya'.
Setakat ini, 16.5 juta pokok telah ditanam dengan sasaran 20 juta pokok bagi setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 10 2021
Takiyuddin ketika ditemui media pada Program Berbasikal Penghijauan Malaysia sempena Hari Sukan Negara di Sisiran Tasik Presint 19, 9 Okt, 2021. --fotoBERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Pembangkang pertikai Wan Fayhsal tak dibenar duduk di galeri awam
Pembangkang memohon penjelasan Dewan Rakyat mengenai tindakan melarang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang digantung enam bulan daripada mengikuti persidangan itu dari galeri awam.
Sindiket bawa masuk warga asing dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini
Sindiket membawa masuk warga asing melalui modus operandi mengatur kaunter atau counter setting antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Parlimen: 'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Keputusan ini dibuat kerana bilangan ahli penyokong kerajaan (93) lebih ramai berbanding ahli pembangkang (75), dan tiada peraturan yang menetapkan susunan pertanyaan bagi jawab lisan.
PM sedia isytihar harta pada bila-bila masa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau sedia untuk mengisytiharkan harta pada bila-bila masa.
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.
MoU peruntukan pembangkang diputuskan Isnin ini - Takiyuddin
Memorandum persefahaman (MoU) berkait peruntukan pembangkang berkemungkinan besar diputuskan Isnin ini.
Draf MoU peruntukan pembangkang: PN akan bincang Isnin depan - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pandangan kesemua Ahli Parlimen pembangkang perlu diambil kira terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat.
SG4 tubuh syarikat, agih hasil sama rata kepada empat negeri - Dr Mahathir
Setiap negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) itu akan memiliki saham dan ekuiti yang sama.