"I feel guilty, I want to see imam, I want to ask sorry (forgiveness). Can you call imam to come here? I feel very guilty".("Saya berasa bersalah. Saya mahu berjumpa dengan imam, saya mahu minta ampun. Boleh tak anda panggil imam datang sini. Saya berasa sangat bersalah").
Demikian kata-kata Shabir Ahmad Khan, 31, lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat di masjid itu dua minggu lalu.
Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret juga bertindak menepuk pipinya sendiri beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.
Dia didakwa di atas tiga pertuduhan iaitu mencederakan imam, menganggu solat Jumaat dan tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh Pas Lawatan Sosial.
Shabir, yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan namun pengakuannya tidak diterima oleh majistret setelah dia kelihatan keliru.
Siti Radziah sempat bertanya kepada tertuduh samada dia mengetahui bahawa dia kini berada di mahkamah dan didakwa kerana mencederakan imam, tertuduh kemudiannya mengangguk sambil berkata: "Because I slapped imam." (kerana saya menampar imam).
Disebabkan tidak berpuas hati dengan pengakuan tertuduh yang kelihatan dalam keadaan keliru, asyik menundukkan kepala dan sering menyatakan kekesalan, Siti Radziah memerintahkan Shabir dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan.
Mahkamah menetapkan 30 Okt untuk sebutan semula kes.
Bagi pertuduhan pertama Shabir didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada imam Masjid Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua dia didakwa dengan sengaja menyebabkan gangguan ketika solat Jumaat mengikut Seksyen 296 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Masjid Negara, Jalan Perdana, di sini pada pukul 1.30 petang, 18 Sept lalu.
Shabir juga didakwa tinggal di Malaysia walaupun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) yang membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara minimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Bernama
Wed Sep 30 2015
Shabir (dua dari kanan) akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan. - Foto Bernama
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
COVID-19: Over 100 individuals in Penang undergo test
Most of them were tested negative for the disease while others are still waiting for the results, Penang Chief Minister said.
Pusat dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi
Turut tidak dibenarkan beroperasi, pasar malam dan pasar tani sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul
Do postponements cause delays in the Courts?
Cases may often be postponed or otherwise delayed for various reasons. The truth of the matter is that these delays may be necessary due to the Rule of law and due process.
Guilty until proven innocent; a devastatingly prevalent myth
While it is natural for us to be presumptuous, to place our version of the truth ahead of the law's is just purely juvenile. Lawyer Alan Razak writes.
"I feel guilty, I want to see Imam," kata lelaki yang tampar Imam
Demikian kata-kata Shabir Ahmad Khan, 31, lelaki warganegara India yang menampar imam Masjid Negara semasa solat Jumaat di masjid itu dua minggu lalu.
Mahkamah benarkan wanita batal saman bekas kekasih Bosnia
Hakim Timothy Finlayson Joel dalam keputusannya turut menolak tuntutan balas oleh Chung Shun Yee, 29, terhadap Ervin Ahbabovic, 41.