awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah korban dengan SOP ketat di Perak - Exco

Bernama
Bernama
21/06/2021
06:56 MYT
Ibadah korban dengan SOP ketat di Perak - Exco
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata SOP mengenainya akan diumumkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk). - Gambar hiasan
BAGAN SERAI: Kerajaan Perak membenarkan pelaksanaan ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha pada bulan depan, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Razman Zakaria berkata SOP itu akan diumumkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).
"Perak setakat ini positif, tiada masalah untuk melaksanakan ibadah itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan keperluan dapur secara pandu lalu kepada penduduk Kampung Selamat, Gunung Semanggol, di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Kedah dan Pulau Pinang juga membenarkan pelaksanaan ibadah korban dengan SOP ketat, sementara Kelantan pula tidak menggalakkan ibadah korban dijalankan di negeri itu bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 yang meningkat sejak kebelakangan ini.
Mengenai bekalan ternakan untuk ibadah itu, Razman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol, berkata bekalan adalah mencukupi meskipun sebelum ini timbul isu ternakan lembu dan kerbau dijangkiti penyakit kulit kental (LSD).
"Disebabkan risiko penularan penyakit ini juga kerajaan telah menggantung pengimportan lembu dan kerbau dari Thailand. Namun langkah itu tidak menjejaskan bekalan ternakan di negeri ini," katanya.
Mengenai sumbangan hari ini, Razman berkata lebih 100 ekor ayam diagihkan kepada ketua isi rumah di Kampung Selamat dan program itu merupakan kesinambungan bantuan yang diberikan sebelum ini.
"Sebelum ini kita serahkan barangan kering seperti beras, minyak, gula, telur dan sayuran, kali ini kita agihkan ayam pula supaya mereka ada lauk untuk dimakan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ibadah Korban
#SOP
#korban
#Perak
#COVID-19
#pandemik
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan