Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 10 Jun 2026.
 

  1. Kes barang kemas dari Lubnan: Rosmah Mansor diarah bayar RM67.5 juta kepada Global Royalty

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membayar RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berhubung kehilangan 43 barangan kemas yang berlaku lapan tahun lalu.
     

  2. AGC klasifikasikan kes aduan Albert Tei terhadap Azam Baki sebagai NFA

    Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan untuk mengklasifikasikan kertas siasatan melibatkan aduan oleh Tei Jiann Cheing, atau Albert Tei, terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
     

  3. 'Saya bersyukur kebenaran terbukti' - Azam Baki

    Itu kata Tan Sri Azam Baki selepas kertas siasatan berhubung aduan yang dibuat oleh ahli perniagaan, Albert Tei terhadapnya bagi kes ugutan jenayah di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
     

  4. PRN Negeri Sembilan: DAP kekalkan lebih separuh daripada penyandang

    DAP Negeri Sembilan akan mengekalkan lebih separuh daripada penyandang sedia ada sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.
     

  5. Tiada pertindihan kerusi BN dalam PRN Johor, Negeri Sembilan

    Barisan Nasional (BN) tidak menjangka berdepan sebarang isu pertindihan kerusi dalam kalangan parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.
     

  6. Malaysia, Jepun meterai perjanjian LNG 20 tahun PETRONAS–JERA, perkukuh keselamatan tenaga

    Malaysia menerusi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) akan membekalkan dua juta tan gas asli cecair (LNG) setahun kepada syarikat utiliti Jepun (JERA), di bawah perjanjian jangka panjang selama 20 tahun.
     

  7. Malaysia-Jepun meterai 4 memorandum kerjasama, 2 surat hasrat

    Malaysia dan Jepun memeterai empat Memorandum Kerjasama (MoC) bagi memperkukuh hubungan pelaburan strategik merangkumi sektor berimpak tinggi.
     

  8. 13 Ahli Parlimen Bersatu kecewa dengan kepimpinan, desak parti keluar daripada PN

    Seramai 13 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan kekecewaan terhadap parti itu dan menggesa Bersatu supaya segera keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN).

     
  9. Kediaman bertingkat dihuni etnik Rohingya bakal dirobohkan ikut peraturan - MB Selangor

    Bangunan kediaman bertingkat yang didiami etnik Rohingya dan tular baru-baru ini di Kampung Baru Sungai Makau, Mukim Ulu Langat bakal dirobohkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
     
  10. UMNO kekal sokong Kerajaan Perpaduan sehingga PRU akan datang

    Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) di ibu negara.


 

Must Watch Video

Advertisement