awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan tetapi bersyarat - JAWI

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
21/06/2021
06:21 MYT
Ibadah korban di Wilayah Persekutuan dibenarkan tetapi bersyarat  - JAWI
Jelas JAWI, semua kebenaran itu mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan kemashlahatan semua pihak agar sentiasa terpelihara.- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memberi kebenaran kepada setiap masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.
Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail, berkata ia susulan titah perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan ibadah korban di Wilayah Persekutuan bagi tahun ini.
Bagaimanapun semua urusan penyembelihan, melapah dan pembungkusan daging korban hanya dibenarkan dilakukan di Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Rumah Penyembelihan Ruminan Swasta yang dilesenkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengikut penyelarasan pihak JAWI sahaja.
“Pengagihan dibuat secara terus kepada peserta, fakir miskin berdasarkan senarai nama yang ditetapkan petugas barisan hadapan dan golongan sasaran,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu pelaksanaan ibadah korban di kawasan lapang, selain masjid dan surau di Wilayah Persekutuan juga dibenarkan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT), JPV, JAWI dan pejabat kesihatan daerah (PKD).
Menurut JAWI lagi sembelihan korban tidak melebihi lima ekor sehari dan bilangan kehadiran termasuk petugas mestilah tidak melebihi 12 orang.
Bagaimanapun jelas JAWI semua kebenaran itu mestilah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi memastikan kemashlahatan semua pihak agar sentiasa terpelihara.
Topic Berkaitan
#SOP
#Islam
#JAWI
#Ibadah Korban
#petugas barisan hadapan
#Aidiladha
#Aidil Adha
#Raya Haji
#penyembelihan
#daging korban
#Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan