awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis tahan dua individu, rampas dadah hampir RM11 juta di Bukit Kayu Hitam
MALAYSIA
KPK mulakan libat urus dengan industri sawit berkaitan SST - Johari
DUNIA
Perang Israel-Iran: Naratif Netanyahu sudah hilang taring - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Ibrahim Ali: Anggota Perkasa akan sokong calon Barisan Nasional pada PRU-13

Bernama
Bernama
22/10/2012
01:49 MYT
Ibrahim Ali: Anggota Perkasa akan sokong calon Barisan Nasional pada PRU-13
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali memberi jaminan bahawa beliau akan memastikan anggota pertubuhan itu menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Beliau berkata walaupun Perkasa merupakan pertubuhan bebas tetapi pihaknya melihat hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan keamanan dan keselamatan di negara ini.
"Kita terpaksa mengundi antara BN dan Pakatan Rakyat dan kita tiada pilihan dalam menentukan kuasa politik pada PRU akan datang, hanya BN sahaja yang dilihat berkemampuan.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA," katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan khas tahunan Perkasa Selangor oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#BN
#Datuk Ibrahim Ali
#PERKASA
#pilihan raya
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami