awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu anggota tentera maut nahas pelik anak tertinggal beg dua kali

Bernama
Bernama
03/02/2024
09:45 MYT
Ibu anggota tentera maut nahas pelik anak tertinggal beg dua kali
Kemalangan maut melibatkan tiga anggota Tentera Darat Malaysia di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan melibatkan Mohd Asri, Sarjan Rozali Abdul Rani, 39, dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30. -Gambar fail/Bernama
JELI: Ibu kepada seorang tentera yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Gurun, Kedah semalam berkata anaknya tertinggal beg yang sama dua kali minggu lepas.
Minah Awang Chik, 72, berkata pada mulanya beg itu tertinggal di rumahnya dan dihantar semula kepada anaknya Allahyarham Koperal Mohd Asri Idris, 40.
Beliau berkata arwah memberitahunya dia sekali lagi tertinggal beg yang sama selepas menghantar orang di Perak.
"Saya tertanya-tanya dalam hati kenapa dia boleh tertinggal beg yang sama sampai dua kali tetapi perkara itu hanyalah berlegar di fikiran saya sahaja, sehinggalah saya terima berita kemalangan itu," katanya yang mengaitkan kelakukan pelik anaknya itu dengan petanda orang yang akan 'pergi'.
Minah ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Baru, Jalan Malaysia di sini hari ini.
Bernama melaporkan kemalangan maut melibatkan tiga anggota Tentera Darat Malaysia di Kilometer 77.5 Lebuhraya Utara Selatan, 10.45 pagi semalam, melibatkan Mohd Asri, Sarjan Rozali Abdul Rani, 39, dan Lans Koperal Mohd Hafiz Haris, 30.
Minah berkata anak bongsu daripada dua beradik itu juga bersungguh-sungguh memohon maaf dan meminta halal air susu.
Mohd Asri juga menurut Minah mengadu sakit kepala dan dia sempat mengurut bahu anaknya itu.
Sementara itu isteri Allahyarham, Nor Fatihah Jusoh, 40, berkata suaminya tidak sempat mengikuti kursus peralihan (kursus kemahiran teknikal, vokasional dan keusahawanan) yang dijadualkan Ogos ini.
"Semasa hari kejadian arwah keluar bekerja jam 7 pagi, tapi dia sempat singgah rumah sebentar sekitar jam 8 pagi sebelum menerima panggilan mengatakan suami terlibat dalam kemalangan," katanya yang berasal dari Setiu, Terengganu.
Jenazah Mohd Asri selamat dikebumikan 5 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Mukim Lakota, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tentera darat
#tertinggal beg
#Mohd Asri Idris
#Tanah Perkuburan Islam Mukim Lakota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan