awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
JDT sambar khidmat bekas pemain sayap B-20 Brazil
Permit bazar Ramadan: PM gesa PBT henti guna orang tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa dibenar jemput pelajar IPTA, IPTS di kampus bermula hari ini - KPT

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
06/05/2020
08:55 MYT
Ibu bapa dibenar jemput pelajar IPTA, IPTS di kampus bermula hari ini - KPT
KPT: Kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri berkenaan (intra-state) sahaja. - Gambar hiasan/BERNAMA
Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk membenarkan ibu bapa mahasiswa di institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menjemput anak mereka di kampus pulang bermula hari ini.
Menerusi kenyataan pada Rabu, kementerian itu, bagaimanapun, berkata kebenaran itu terhad kepada pergerakan di dalam negeri berkenaan (intra-state) sahaja.
“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri berhubung pelaksanaan PKPB telah bersetuju untuk membenarkan ibu bapa pelajar IPTA, IPTS termasuk Politeknik dan Kolej Komuniti menjemput anak mereka pulang dari kampus ke kediaman masing-masing,” kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, kementerian itu turut mengingatkan bahawa urusan itu perlu dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan.
“KPT ingin mengingatkan sekali lagi bahawa urusan ini hendaklah dilaksanakan mengikut peraturan pergerakan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), disamping mematuhi Tatacara Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Selain itu, kenyataan itu turut menyebut, ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPT yang beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu di talian 03-8870 6777/6949/6628/6623/6124.
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad pada Selasa memaklumkan seramai 2,362 penuntut dari tujuh universiti di zon tengah pulang serentak ke beberapa lokasi selatan.
BACA: Seramai 2,362 penuntut IPT zon tengah pulang ke selatan tanah air
Topic Berkaitan
#anak
#Dr Noraini Ahmad
#ipts
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#KPT
#PDRM
#pelajar IPT
#pelajar terkandas
#Polis Diraja Malaysia
#SOP
#universiti awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan