Jabatan Kesihatan Kelantan meminta ibu bapa supaya membenarkan bayi mereka diberi suntikan imunisasi dalam usaha mencegah daripada dijangkiti penyakit serius termasuk campak.
Pengarahnya Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher berkata bayi sepatutnya diberi suntikan imunisasi secara berperingkat untuk 12 penyakit selepas dilahirkan.
Namun, katanya ada ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anak mereka diberi suntikan imunisasi itu kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya vaksin imunisasi yang digunakan itu daripada bahan haram.
"Sikap ibu bapa berkenaan menyukarkan pihak kami dalam melaksanakan pelbagai langkah untuk mencapai matlamat sifar kes campak di Kelantan menjelang 2018," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Seminar Imunisasi Peringkat Kelantan di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Tangok di sini, hari ini.
Beliau berkata sejak Januari hingga 15 Mei lepas, sebanyak 10 kes campak membabitkan pesakit berusia di antara 5 bulan dan 31 tahun dlaporkan di negeri ini.
Sebanyak empat kes dilaporkan di jajahan Pasir Mas diikuti tiga kes di Bachok, masing-masing satu kes di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Jabatan Kesihatan Kelantan jug amerekodkan 31 kes campak pada 2011, diikuti 71 kes (2012), 44 kes (2013), 20 kes (2014) dan 25 kes (2015).
"Kebanyakan pesakit terbabit didapati tidak mengambil suntikan imunisasi bagi mencegah campak," kata Dr Ahmad Razin.
Sementara itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang turut hadir pada majlis itu berkata Islam membenarkan pengambilan suntikan imunisasi.
"Jika tidak diambil, ia memberi mudarat...oleh itu, hukumnya harus (diambil suntikan imunisasi) kerana ia dilakukan oleh pakar bidang berkenaan," katanya.
Bernama
Tue May 24 2016
Ibu bapa perlu benarkan bayi mereka diberi suntikan imunisasi dalam usaha mencegah dijangkiti penyakit serius termasuk campak. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pemberian vaksin Tdap untuk semua ibu hamil di Malaysia tahun depan
Semua ibu hamil di Malaysia termasuk bukan warganegara akan diberikan vaksin kombinasi tetanus-difteria-pertussis (Tdap) secara percuma, bermula tahun depan (2024).
Fahami kepentingan imunisasi dan vaksin kanak-kanak - Pakar
Pemvaksinan kanak-kanak amat penting kerana ia melindungi dan mengurangkan risiko mereka dijangkiti penyakit serius.
Kemas kini MySejahtera tampil dengan beberapa ciri baharu - Khairy
Ini termasuk kemudahan bagi melihat rekod kesihatan serta imunisasi kanak-kanak menerusi aplikasi terbabit.
COVID-19: Dos penggalak tunggal CanSino diluluskan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan dos penggalak tunggal vaksin CanSino Convidecia untuk digunakan sebagai penggalak heterologous dengan kesemua 19 jenis vaksin utama di Malaysia.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
30.1 peratus kanak-kanak Labuan lengkap divaksin
Terdapat peningkatan ketara dalam jumlah kehadiran kanak-kanak di pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditemani ibu bapa masing-masing.
Pencapaian PICKids di P. Pinang membimbangkan
Sehingga 8 Mei lepas hanya 49.5 peratus telah mendapatkan dos pertama dan 37.7 peratus bagi dos kedua.
Ibu bapa perlu ambil peluang lindungi anak sebelum PICKids ditutup - Khairy
Ia memandangkan pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama hanya tinggal lapan hari sebelum ditutup pada 15 Mei ini.
Lebih 300,000 kanak-kanak telah lengkap vaksinasi COVID-19
Seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.