KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini kerana MCMC mendapati bahawa kanak-kanak berusia di bawah 13 tahun tidak sesuai untuk menggunakan mana-mana media sosial.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kebanyakan syarat platform media sosial juga tidak membenarkan golongan tersebut memiliki akaun media sosial.
"Kepada parents (ibu bapa) yang hadir pada malam ini, saya beri amaran daripada MCMC, anak-anak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan memiliki akaun TikTok, Facebook, Instagram atau mana-mana akaun media sosial lain.
"Sekiranya ada (anak-anak bawah 13 tahun memiliki akaun media sosial), ibu bapa tolong maklum kepada saya, MCMC...kita akan akan shut down (tutup) akaun tersebut," katanya ketika berucap pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@Lembah Pantai di sini malam ini.
Ketika ditemui pemberita, Fahmi menjelaskan bahawa isu mengenai pemilikan akaun media sosial ketika ini adalah pihak media sosial menyerahkan sepenuhnya pendaftaran pembukaan akaun kepada pengguna tanpa kaedah pembuktian yang boleh memastikan usia mereka melebihi syarat yang dibenarkan.
Beliau berkata susulan itu, pihaknya telah mengadakan siri pertemuan dengan pihak berkaitan seperti Meta yang menguruskan aplikasi Facebook, Instagram dan WhatsApp serta pihak Telegram untuk mengemukakan perancangan mereka bagi menangani isu pemilikan akaun media sosial dalam kalangan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.
"Kita lihat ada beberapa perkara daripada pihak media sosial yang perlu dimaklumkan kepada kita dahulu. Harapan saya menjelang awal Mei ini, akan ada pengumuman mengenai perbincangan dengan semua platform media sosial khususnya berhubung keselamatan dalam talian yang berkait dengan kanak kanak," katanya.
Sementara itu, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyeru orang ramai untuk mengambil peluang mengukuhkan silaturrahim, persahabatan serta perpaduan antara satu sama lain.
"Kita sebagai negara Malaysia memiliki kekuatan berdasarkan kemajmukan, kepelbagaian dan perpaduan malah tiada negara lain seperti Malaysia yang mempunyai komposisi kaum dan latar belakang seperti negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berucap ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Lembah Pantai 2024 di IWK Eco Park@ Pantai Dalam. - Foto BERNAMA
Kastam Kelantan rampas daging babi bernilai lebih RM200,000
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas sebanyak 11,396 kilogram daging babi sejuk beku dianggar bernilai RM227,920 dalam Operasi Palang Timur pada 5 Mei lepas.
Peraturan EU yang lebih ketat mengenai eksport sisa kepada bukan negara EU berkuat kuasa Isnin
Peraturan yang lebih ketat mengenai eksport sisa dari Kesatuan Eropah (EU) ke negara bukan EU akan berkuat kuasa pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pentadbiran Israel kini kacau bilau
Tekanan demi tekanan daripada masyarakat dan kepimpinan dunia mula menunjukkan impak terhadap kedudukan pengurusan rejim Israel.
Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang semarakkan lagi semangat sambutan Bulan Kebangsaan
Kementerian Komunikasi akan mengetegahkan inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi menyemarakkan semangat sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.
[TERKINI] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi serta delegasi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Ahad. Puncanya pendaratan yang disorot media-media antarabangsa sebagai 'hard landing' itu bagaimanapun masih belum jelas. Pihak kecemasan telahpun digegaskan ke lokasi bagi memberikan pertolongan sewajarnya kepada kesemuanya yang terlibat.
Komuniti Madani sebagai medium menyalurkan maklumat yang sahih
1,878 komuniti Madani ditubuhkan untuk bantu salurkan mesej daripada Kerajaan Persekutuan sampai ke peringkat akar umbi khususnya seperti isu 3R
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter dinaiki Presiden Iran dilapor terhempas
Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Ketirisan diesel subsidi lebih RM1.2 juta sehari di Bukit Kayu Hitam
Negara mengalami ‘ketirisan’ diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM1.2 juta sehari, akibat aktiviti penyeludupan menggunakan kenderaan asing di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Aktivis teater ASWARA Rosminah Tahir meninggal dunia
Aktivis teater ternama tanah air, Rosminah Tahir menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Keramat, di sini, sekitar petang tadi.
Ibu bapa perlu pastikan anak bawah 13 tahun tidak miliki akaun media sosial - Fahmi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengingatkan golongan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka berusia bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.