awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu bapa perlu pupuk minat anak-anak dalam bidang STEM - Fadillah

Bernama
Bernama
12/03/2023
21:23 MYT
Ibu bapa perlu pupuk minat anak-anak dalam bidang STEM - Fadillah
Fadillah bersama para penerima baucar selepas menyampaikan baucar khas Program Back to School P194 Petra Jaya, di Kuching, 12 Mac 2023. --fotoBERNAMA
KUCHING: Ibu bapa harus memupuk minat anak-anak untuk meminati bidang Sains, Teknologi. Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar mereka mampu menempuh cabaran di masa akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penguasaan bidang STEM akan membolehkan Malaysia mampu bersaing dengan negara maju serta melonjak ke tahap yang lebih baik.
"Di Petra Jaya, kita sudah tubuhkan Biro Pendidikan untuk menyokong pihak sekolah dalam menyediakan apa sahaja bentuk sokongan dalam pendidikan termasuklah program STEM.
"Kepada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan bantuan, adalah dialu-alukan untuk datang ke pusat khidmat Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN) di Petra Jaya," katanya.
Fadillah yang juga merupakan Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian ketika berucap pada Program Kembali ke Sekolah P124 Petra Jaya yang diadakan di pasar raya Mydin di sini, semalam.
Pada majlis itu, 1,500 pelajar dari tiga kawasan DUN di bawah Parlimen Petra Jaya iaitu Satok, Tupong dan Samariang, menerima bantuan berbentuk baucer peralatan persekolahan bernilai RM100.
Tambah Fadillah, walaupun jumlah itu kecil namun sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#sains teknologi kejuruteraan dan matematik
#STEM
#pupuk minat anak-anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan