Ibu bayi maut dipercayai didera di Felda Neram direman

Sharom Abu Bakar
September 12, 2019 05:26 MYT
Seorang wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dera anaknya yang berusia tiga bulan. - Foto Astro AWANI
Seorang wanita direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dera anaknya yang berusia tiga bulan.
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri bermula Khamis.
Ia bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pada Rabu seorang bayi berusia tiga bulan maut dipercayai didera dalam kejadian di Felda Neram, Kemaman.
BACA: Bayi tiga bulan maut, disyaki didera
BACA: Ibu bayi didera mungkin alami kemurungan - Polis
Kejadian itu disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah berkenaan untuk menghantar makanan kepada isterinya kira-kira jam 10 pagi.
Sejurus selepas itu bayi berkenaan yang dikatakan dalam keadaan lemah itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh oleh bapanya kira-kira jam 11.30 pagi.
Pihak klinik telah berusaha menyelamatkan bayi itu dengan memberi bantuan kecemasan.
Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan.
#bayi #bayi tiga bulan maut didera #dera #Felda #Kemaman #maut #meninggal dunia #perubatan #siasatan #wanita