awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu dakwa anaknya lebam di lengan kanan didera guru

Bernama
Bernama
04/09/2015
11:44 MYT
Ibu dakwa anaknya lebam di lengan kanan didera guru
Seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bukit Katil di sini lebam di lengan kanan akibat dicubit oleh gurunya kerana tidak dapat menghabiskan soalan latihan dalam tempoh yang ditetapkan. -Gambar hiasan
Seorang pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Bukit Katil di sini lebam di lengan kanan akibat dicubit oleh gurunya kerana tidak dapat menghabiskan soalan latihan dalam tempoh yang ditetapkan.
Ibu mangsa, Shaliszah Abdul Azeez, 38, mendakwa anaknya bukan sahaja dicubit malah turut digelar Orang Kurang Upaya (OKU) oleh guru berkenaan.
"Kejadian bukan kali pertama kerana pernah dilakukan seorang ustaz di sekolah sama tahun lepas kerana anak saya gagal membawa buku latihan.
"Tetapi kejadian pada pagi Rabu lepas, anak saya dicubit enam kali oleh guru mata pelajaran Sejarah hingga lengan tangan kanannya lebam kerana tidak habis menjawab lima soalan, selain membuat bising," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Katanya akibat perbuatan guru tersebut anaknya kini trauma untuk ke sekolah.
Shaliszah berkata anaknya mengalami disleksia, oleh itu mempunyai masalah dalam pembelajaran, namun perbuatan guru wanita berkenaan menggelar anaknya sebagai OKU membuatkan anaknya itu dipulaukan rakannya.
Susulan kejadian itu, Shaliszah membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir, petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah mengesahkan menerima laporan tersebut.
Katanya pihaknya telah mengambil keterangan beberapa saksi mengenai kejadian tersebut bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#Bukit Katil
#dicubit
#guru sejarah
#lebam
#lengan
#murid
#OKU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan