Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Serian kekal tertinggi, bacaan IPU di Lembah Klang meningkat menjelang malam

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di Serian, Sarawak terus berada pada tahap bahaya apabila stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) mencecah 518, setakat pagi Jumaat.
Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak kekal merekodkan bacaan tertinggi negara pada paras 178 untuk tiga jam berturut-turut. -Gambar fail/Sinar Harian
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 stesen pemantauan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 malam hari ini, susulan peningkatan bacaan di beberapa kawasan di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

Berdasarkan data terbaharu Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Serian di Sarawak kekal merekodkan bacaan tertinggi negara pada paras 178 untuk tiga jam berturut-turut.

Sri Aman kekal pada bacaan 168, Sibu mencatatkan bacaan 156, manakala Samarahan meningkat kepada 165.

Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan turut merekodkan peningkatan bacaan menjelang malam.

Putrajaya dan Nilai masing-masing mencatatkan bacaan 145 berbanding 138 dan 133 pada jam sebelumnya.

Petaling Jaya kembali ke kategori tidak sihat apabila bacaan meningkat kepada 109 selepas mencatatkan bacaan 100 sejam sebelumnya. Shah Alam pula kekal pada paras 153.

Di Johor, Batu Pahat terus merekodkan peningkatan bacaan kepada 113 berbanding 107 pada jam 6 petang dan 100 pada jam 5 petang.

Larkin dan Pasir Gudang pula masing-masing mencatatkan bacaan 158 dan 153, manakala Bintulu di Sarawak meningkat kepada 129.

Sementara itu, Batu Muda di Kuala Lumpur, Bukit Rambai di Melaka serta Tangkak di Johor berada pada had tertinggi kategori sederhana dengan bacaan 100.

Di utara Semenanjung, Langkawi terus merekodkan bacaan IPU terendah negara pada paras 16, diikuti Kangar pada paras 19.

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka yang sesuai dan mendapatkan rawatan sekiranya mengalami simptom berkaitan masalah pernafasan.

Must Watch Video

Advertisement