awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu datang ke konsert besar pertama, momen paling berharga buat Cakra Khan

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
22/01/2023
02:20 MYT
Ibu datang ke konsert besar pertama, momen paling berharga buat Cakra Khan
Cakra menyampaikan lebih 20 buah lagu antaranya adalah Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Cintamu Bukan Untukku, Kepada Hati, Terlanjur Cinta, Seluruh Cinta, dan Kekasih Bayangan. - Foto Yusfadli Yusoff
KUALA LUMPUR: “Ada ibu”
Respon ringkas penyanyi, Cakra Khan apabila ditanya apakah momen berharga buatnya sepanjang konsert Cakra Khan Decade berlangsung.
Cakra atau nama sebenarnya Cakra Konta Paryaman, 30, cukup teruja meraikan perjalanan sepuluh tahun dalam industri seni suara bersama peminat serta kehadiran ibu tercintanya.
“Kerana ini adalah pertama kali saya melakukan konsert besar, maka ini adalah konsert pertama besar pertama saya yang ibu tonton.
“Sebelum ini juga pernah cuma itu hanya persembahan-persembahan kecil sahaja,” katanya kepada media selepas konsertnya berlangsung.
,
,
Pada masa sama, penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Bayangan ini, dia cuba menahan emosi sepanjang konsert berlangsung apabila melihat sosok ibunya hadir ke konsert besar pertamanya tanpa arwah ayahnya.
“Saya cuba menahan emosi sepanjang konsert berlangsung, Alhamdullilah semuanya selesai dengan baik.
“Sepanjang konsert berlangsung pun saya cuba elak memandang ibu saya, takut nanti saya teremosi jadi saya cuba memandang tempat lain semasa menyanyi,” katanya kepada media.
Cakra menyampaikan lebih 20 buah lagu antaranya adalah Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Cintamu Bukan Untukku, Kepada Hati, Terlanjur Cinta, Seluruh Cinta, dan Kekasih Bayangan.
Konsert dimeriahkan lagi dengan kehadiran Khai Bahar, Govinda dan Aina Abdul sebagai penyanyi jemputan.
Antara rakan artis yang hadir menonton konsert Cakra Khan ialah Puteri Sarah, Sherry Al-Hadad, Fattah Amin, Fazura, Datuk Seri Rossa dan juga pelantun lagu Anta Permana, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Konsert Cakra Khan Decade berlangsung di Plenarry Hall, Pusat Kovensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Cakra Khan
#Khai Bahar
#Aina Abdul
#Govinda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan