awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat warga Iran disyaki geng pukau
AGC tarik balik semakan kehakiman Akta Perhimpunan Aman
Letupan di Universiti HELP: Raja Puan Muda Kedah lawat mangsa di HKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu hadapi tuduhan abai anak, teman lelaki didakwa cederakan mangsa

Bernama
Bernama
16/01/2026
10:45 MYT
Ibu hadapi tuduhan abai anak, teman lelaki didakwa cederakan mangsa
Dayang Nurshida (depan) dan Masran (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
SEREMBAN: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak kandungnya, manakala teman lelakinya didakwa atas pertuduhan mencederakan mangsa.
Dayang Nurshida, 30, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun didakwa mengabaikannya dengan cara mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal, di sebuah pangsapuri di Jalan Desa Palma, Nilai antara September 2025 hingga Januari tahun ini.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Nazihah Asmuni tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh tidak mempunyai pengenalan diri.
"Semakan memaklumkan tertuduh orang Bajau, tetapi berdasarkan sijil lahir mangsa, kewarganegaraan ibunya (tertuduh) ialah Filipina," katanya.
Ibu kepada dua anak yang tidak diwakili peguam itu dalam rayuannya memohon diberi jaminan dengan penjamin bakal ibu mentuanya selain memaklumkan dia tidak bekerja dan anaknya itu adalah daripada perkahwinan terdahulu.
Hakim Datin Surita Budin tidak membenarkan jaminan terhadap wanita itu dan menetapkan 23 Feb untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, teman lelaki kepada wanita terbabit, Masran, 22, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Farha Sulaiman atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan cedera terhadap kanak-kanak sama di lokasi sama pada 6 Jan lepas.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Lelaki yang bekerja sebagai pelayan bar itu turut mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli atas pertuduhan menyimpan empat keping gambar lucah dan empat rakaman video lucah dalam telefon bimbit di lokasi sama pada 2 petang, 7 Jan.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Masran diikat jamin RM1,000 dan RM3,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta menetapkan 16 Feb ini untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan masing-masing dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya P. Rubini dan Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi, manakala Masran diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Y.Y Ng dan Ardelliza Izmaryanti Shafie.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mahkamah Sesyen
#Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan