awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu harap KM Melaka kerja keras untuk rakyat

Bernama
Bernama
12/05/2018
01:14 MYT
Ibu harap KM Melaka kerja keras untuk rakyat
Adly menandatangani Surat Sumpah Rahsia selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada Jumaat. -- fotoBERNAMA
Ibu Ketua Menteri Melaka baharu Adly Zahari berharap anaknya akan bekerja keras serta penuh rasa tanggungjawab untuk rakyat dan negeri ini.
Edah Puteh, 75, berkata beliau bersyukur dengan pelantikan Adly dan sentiasa berdoa agar anaknya menjadi pemimpin yang baik, dihormati dan disegani.
"Rasa syukur sangat apabila melihat Adly dapat berkhidmat dengan rakyat di Melaka dan saya percaya beliau akan melakukan tugas dan tanggungjawabnya dengan baik.
"Beliau terkenal sebagai seorang yang bekerja keras dan saya berharap agar beliau juga akan bekerja keras untuk rakyat serta negeri," katanya kepada Bernama selepas majlis Istiadat Angkat Sumpah Adly sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada 3.50 petang Jumaat.
Edah berharap agar rakyat dapat membantu Ketua Menteri Melaka baharu itu memajukan lagi negeri ini dalam persekitaran yang aman dan damai.
"InsyaAllah, kenduri kesyukuran juga akan diadakan dalam masa terdekat nanti di rumah saya di Durian Tunggal," katanya.
Adly, 47, adalah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka dan Pengerusi Amanah Melaka.
BACA: Bekas jurutera dilantik Ketua Menteri Melaka
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Yunus Hitam dan calon PAS Muhamat Puhat Bedol dengan majoriti 3,159 undi menerusi pertembungan tiga penjuru di kerusi DUN Bukit Katil.
PH berjaya membentuk kerajaan negeri di Melaka melalui majoriti mudah apabila menakluk 15 daripada 28 kerusi dewan undangan negeri pada PRU14, 9 Mei lepas, selain turut memenangi empat daripada enam kerusi parlimen iaitu Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adly Zahari
#ibu
#Ketua Menteri
#Melaka
#Pakatan Harapan
#pelantikan
#pilihan raya umum
#PRU14
#rakyat
#tanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan