APA perasaan anda jika anggota keluarga sendiri menjadi 'korban' demi menyelamatkan pesakit COVID-19?
Tanpa kita sedari, situasi yang semakin kritikal di hospital seluruh negara sebenarnya memberi impak kepada mereka yang bertarung dengan pelbagai masalah kesihatan yang lain.
Kisah menyayat hati itu dikongsikan seorang pengguna Twitter, Wan Mohamad Nazri Hashim, yang mendedahkan ibunya merupakan salah seorang yang terpaksa 'berkorban' demi memberi laluan kepada pesakit COVID-19 menerima rawatan.
Kata Wan Mohamad Nazri, ibunya, Raja Nahzar Hasnah Raja Mahmud menghidap penyakit batu karang, namun, terpaksa menunggu untuk menjalani pembedahan kerana jadual doktor yang penuh.
Sebulan bertahan, ibunya kemudian dibawa ke wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara susulan jangkitan kuman dalam darah dan paru-paru.
Namun apa yang menyedihkan, biarpun pernafasan ibunya kritikal, dia tidak boleh diberikan bantuan ventilator kerana bekalannya yang terhad dan digunakan pesakit COVID-19.
"Mak aku pun tengah kritikal. Tapi disebabkan ward ICU semua dah penuh dengan pesakit COVID, machine dah tak cukup. Dan faktor umur mak yang dah berusia serta faktor dalaman mak.
"Mereka tak dapat bagi machine ventilator tu sebab katanya mak aku memang dah tak ada harapan. Doktor pun tak boleh nak lakukan procedure untuk buang nanah dalam hempedu mak disebabkan pernafasan mak tak berapa baik.
"Jadi mereka tunggu sehari ke sehari. Masukkan antibiotik dengan harapan pernafasan mak aku menjadi baik supaya boleh teruskan dengan procedure tu.
"Aku tengok mak aku guna oksigen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual bila terasa sesak nafas," ceritanya.
Umpama berhadapan dengan dua mangsa lemas dan hanya salah seorang boleh diselamatkan.
Mungkin itulah dilema yang dihadapi pengamal perubatan ketika ini, yang mungkin tidak difahami kita sebagai orang luar yang hanya memerhati.
"Sekarang ni keadaan di hospital dah berada di tahap di mana mereka kena pilih pesakit mana yang nak diselamatkan dahulu.
"Antara pesakit normal dan COVID-19, sudah tentulah mereka utamakan pesakit COVID-19.
"Kalau kes kematian banyak, report akan sampai ke KKM. Bila report kematian COVID-19 naik mendadak, mereka akan kena soal sebab report tu semua orang tengok. Orang akan panik.
"Pesakit normal macam mak aku siapa nak tengok? Yang lebih utama adalah pesakit COVID-19 sebab setiap hari update akan keluar," ujarnya.
Dua minggu berjuang, ibunya akhirnya menghembuskan nafas terakhir 19 Mei lalu.
"Aku sendiri tengok mak aku tak cukup nafas. Dan aku sendiri lihat bagaimana nafas itu terhenti. Sumpah perasaan sebak tu tak boleh nak imagine.
"Apa pun aku bersyukur mak aku negatif COVID. Sekurang-kurangnya aku dapat jadi imam solatkan mak aku.
"Dapat teman mak aku naik van, mandikan, sampailah kali terakhir aku masukkan mak aku sendiri dalam liang lahad," ceritanya lagi.
Tambahnya, dia berkongsi kisah itu kerana mahu orang ramai sedar impak COVID-19 ketika ini bukan hanya kepada mereka yang dijangkiti virus berkenaan.
Tidak menyalahkan sesiapa, sebaliknya, Wan Mohamad Nazri mahu masyarakat sedar sistem kesihatan negara kini cukup lelah dan setiap individu perlu mengambil peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menghadapi 'peperangan' ini.
"Doktor pun tak cukup sekarang dekat hospital. Ramai dah kena transfer untuk jadi frontliner. Untuk pesakit pesakit normal, doktor yang nak treat mereka juga berkurangan.
"Satu nasihat aku. Jangan tunggu jenis vaksin apa yang available. Jangan jadi anti vaksin. Apa yang ada, ambil dahulu," katanya menutup cerita.
Astro Awani
Tue May 25 2021
Pengguna Twitter mendedahkan ibunya merupakan salah seorang terpaksa 'berkorban', memberi laluan kepada pesakit COVID-19 menerima rawatan. - Twitter@_NazriH
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Dalam talkshow di #AgendaAWANI 8.30 malam semalam kita kupas panjang lebar pasal ‘Musim Pokok Tumbang’…
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Ramai netizen tanya benarkah semua pokok di KL di bawah tanggungjawab DBKL?
Haa… Ini jawapannya.
#KLBandarUntukSemua
Bilik guru Sekolah Agama Rakyat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan Sekolah Agama Rakyat kelas A berkeluasan 70x15 terbakar di bahagian bilik guru.
Kehadiran Armada Laut Turki terjemahan hubungan erat Malaysia-Turki
Hubungan erat kedua-dua negara telah berjaya membentuk kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk industri pertahanan.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.