Jenazah Editor Visual Astro AWANI, Mohd Kusairi selamat dikebumikan

Jenazah Editor Visual Astro AWANI, Mohd Kusairi Ishak yang meninggal dunia dalam kemalangan pada Sabtu, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara petang tadi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Hujan renyai menyirami Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di ibu negara, mengiringi pemergian Editor Visual Astro AWANI, Mohd Kusairi Ishak, 52, yang selamat dikebumikan pada jam 5.30 petang Ahad.
Ringkasan AI
- Allahyarham Mohd Kusairi Ishak, editor visual Astro AWANI, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 10.10 malam.
- Lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, sahabat handai, dan rakan sekerja mengiringi pemergian beliau dalam upacara pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
- Kusairi dikenali sebagai individu kreatif yang membawa idea berbeza menjadi karya yang menarik, serta menyemarakkan suasana ceria di kalangan rakan sekerja di Astro AWANI.
Proses bedah siasat dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 3.30 petang tadi sebelum jenazah disolatkan dan dikafankan di surau PPUM.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Surau Apartment Putra Ria, Bangsar sebelum dikebumikan.
Allahyarham yang lahir pada 22 Mei 1973 terbabit dalam kemalangan berhampiran susur ke Restoran Jejantas Sungai Buloh di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), meninggalkan legasi besar sebagai tenaga kreatif di Astro AWANI.

Allahyarham Mohd Kusairi, 52, meninggal dunia dalam kemalangan berhampiran susur ke Restoran Jejantas Sungai Buloh, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada Sabtu. - Astro AWANI
Bukan sekadar Editor Visual, tetapi Allahyarham dikenali rakan sekerja sebagai seorang yang kreatif dan mampu membawa idea berbeza menjadi karya yang memukau, menjadikan berita lebih ‘hidup’.
Dalam pada itu, warga Astro AWANI mengenang Allahyarham sebagai seorang yang tangkas, tidak lokek berkongsi ilmu dan sentiasa membawa suasana ceria di pejabat.
Allahyarham juga dikenali dengan gurauan spontan yang menceriakan rakan-rakan di bilik berita.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


