awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Brown University sahkan semua mangsa tembakan adalah pelajar

Astro Awani
Astro Awani
14/12/2025
10:00 MYT
Presiden Brown University sahkan semua mangsa tembakan adalah pelajar
Suspek masih bebas dan operasi memburu sedang giat dijalankan dengan lebih 400 pegawai keselamatan dikerahkan ke kawasan kampus dan sekitarnya. -Foto Reuters
PROVIDENCE: Presiden Brown University, Christina Paxson, mengesahkan semua mangsa insiden tembakan di kampus universiti itu pada Sabtu adalah pelajar, termasuk dua yang maut dan sembilan lagi cedera.

Ringkasan AI
  • Christina Paxson, Presiden Brown University, mengesahkan semua mangsa insiden tembakan di kampus adalah pelajar, termasuk dua yang maut dan sembilan cedera.
  • Lapan mangsa dalam keadaan kritikal manakala seorang cedera ringan; suspek masih bebas dan operasi memburu sedang giat dijalankan.
  • Insiden menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa, pihak universiti menyediakan sokongan kaunseling kepada terkesan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Dalam sidang media pada Ahad, Paxson berkata pihak universiti memberi tumpuan penuh kepada keluarga mangsa yang terjejas.
“Tumpuan kami kini adalah membantu keluarga yang terjejas — keluarga dua pelajar yang kehilangan nyawa, serta sembilan pelajar yang berada di hospital,” katanya seperti dipetik Sputnik dan RIA Novosti.
Datuk Bandar Providence, Brett Smiley, mengesahkan lapan mangsa berada dalam keadaan kritikal manakala seorang cedera ringan akibat serpihan peluru.
Suspek masih bebas dan operasi memburu sedang giat dijalankan dengan lebih 400 pegawai keselamatan dikerahkan ke kawasan kampus dan sekitarnya.
“Kami mengambil serius insiden ini. Pasukan bomba juga digerakkan untuk membantu mengekalkan ketenteraman awam,” ujar Smiley.
Insiden berlaku ketika kampus sibuk dengan persiapan peperiksaan akhir semester, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.
Pihak universiti menyediakan sokongan kaunseling dan psikologi kepada pelajar serta kakitangan yang terkesan.
Setakat ini, motif serangan belum diketahui dan pihak berkuasa menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang dikatakan Presiden Brown University berkenaan mangsa insiden tembakan di kampus? A: Christina Paxson mengesahkan semua mangsa termasuk dua yang maut dan sembilan yang cedera adalah pelajar universiti tersebut.
  • Q: Bagaimanakah tindakan yang diambil oleh Datuk Bandar Providence berhubung keadaan mangsa? A: Brett Smiley mengesahkan lapan mangsa dalam keadaan kritikal manakala seorang cedera ringan akibat serpihan peluru.
  • Q: Apakah tindakan keselamatan yang diambil selepas insiden tembakan di kampus? A: Lebih 400 pegawai keselamatan dikerahkan ke kawasan kampus dan sekitarnya, termasuk operasi memburu suspek serta penglibatan pasukan bomba untuk mengekalkan ketenteraman awam.

Topic Berkaitan
#tembakan
#Brown University
#Christina Paxson
#Providence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan