awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu kanak-kanak parah ditetak di Tuaran Sabah ditemui mati lemas

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
26/10/2017
11:01 MYT
Ibu kanak-kanak parah ditetak di Tuaran Sabah ditemui mati lemas
Pihak bomba memaklumkan menerima maklumat daripada penduduk kampung yang mengatakan menemui satu mayat di sungai berkenaan jam 7 pagi tadi, kira-kira 1 kilometer dari tempat mangsa tergelincir. - Foto JBPM
Kehilangan ibu kepada mangsa kanak-kanak berusia tiga tahun yang parah akibat ditetak suspek dalam kejadian di Kampung Lubok, Kiulu, di sini semalam akhirnya terbongkar dengan penemuan mayatnya yang dipercayai lemas di sungai berhampiran kampung berkenaan kira-kira satu kilometer daripada lokasi kejadian, hari ini.
Mangsa, warga asing, dikenali sebagai Hanave Ingue, 23, yang dipercayai sedang hamil tiga bulan itu disyaki terjun ke sungai untuk menyelamatkan diri selepas rumah mereka diserang suspek berusia 66 tahun petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintehdan Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan berkata identiti mangsa ditemui mati lemas itu dikenal pasti sebagai ibu kepada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun berkenaan yang parah ditetak suspek sebelum ini.
"Mangsa yang ditemui ini adalah ibu kepada kanak-kanak perempuan yang parah akibat ditetak suspek dan kini masih dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS), Likas.
"Sebenarnya, kanak-kanak yang parah dan remaja lelaki ditetak mati itu adalah mempunyai ikatan persaudaraan atau bersepupu sahaja dan bukan adik beradik seperti dilaporkan sebelum ini," katanya, ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, pihaknya menerima maklumat daripada penduduk kampung yang mengatakan menemui satu mayat di sungai berkenaan jam 7 pagi tadi, kira-kira 1 kilometer dari tempat mangsa tergelincir.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran bergegas ke lokasi yang terletak 30 kilometer dari balai.
"Seramai 13 anggota bersama empat dari Unit Skuba membantu mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis," katanya.
Operasi berkenaan tamat pada jam 3.05 petang.
Terdahulu, dalam kejadian jam 2.20 petang semalam, seorang suspek lelaki menetak dua bersaudara itu dengan salah satunya maut manakala seorang lagi parah iaitu kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun masih menerima rawatan.
Kejadian dipercayai apabila suspek marah dengan bapa mangsa selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Namun bapa mangsa sempat melarikan diri.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kanak-kanak
#Kiulu
#lemas
#mati
#maut
#mayat
#polis
#Sabah
#suspek
#Tetak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan