awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Malaysia sasar 10,000 pemula niaga tersenarai di 'Startup ASEAN' menjelang hujung tahun - MOSTI
DUNIA
Starmer tegaskan komitmen NATO terhadap pertahanan bersama
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
10/06/2023
20:53 MYT
Sponsor Banner
Ibu kepada pelajar 11A meninggal dunia
Muhamad Shahril berkongsi, tip perkara paling utama untuk berjaya ialah memuliakan ibu bapa selain sentiasa berusaha menjadi individu terbaik. - Gambar fail/Sinar Harian
BACHOK: Ibu kepada pelajar terbaik Sekolah Menengah Ugama (SMU) Darul Iman, Beris Lalang, Muhammad Shahril Saidi, 18, yang memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia pada Sabtu.
Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, yang terlantar akibat penyakit saraf sejak empat tahun lalu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 8.40 malam.
Pengetua SMU Darul Iman, Noor Ruziana Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
Belia mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang itu daripada guru yang berada di rumah Muhammad Shahril.
"Difahamkan jenazah akan disolatkan di Masjid Pondok Moden pada jam 10 pagi Ahad," katanya.
Sinar Harian pada Khamis melaporkan, Muhammad Shahril menganggap keputusan itu mungkin rezekinya yang mengutamakan ibunya dalam rutin harian.
Anak bongsu daripada enam beradik itu itu memberitahu, rutin paginya ialah memandikan ibu sebelum pergi ke sekolah dan melakukan tugas sama apabila pulang dari sekolah.
“Tiada apa yang mengubah rutin hidup saya walaupun ketika ibu sedang sakit kerana saya memang suka berada di rumah menemaninya.
“Selain itu, seorang kakak saya, Noor Syahida, 25, yang sentiasa menjaga ibu di rumah,” katanya.
Muhamad Shahril menjadikan Uwais Al-Qarni sebagai contoh turut berkongsi tip perkara paling utama untuk berjaya ialah memuliakan ibu bapa selain sentiasa berusaha menjadi individu terbaik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#SPM 2022
#11A
#ibu meninggal dunia
#Muhammad Syahril Saidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami