PETALING JAYA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah berbahaya jenis 'methamphetamine', Isnin minggu lalu.
Tertuduh, suri rumah berusia 34 tahun mengaku bersalah manakala suaminya, peniaga air balang, berusia 40 tahun tidak mengakui kesalahan selepas pertuduhan pindaan dibaca di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.
"Saya mengaku bersalah, tapi saya tidak sengaja puan (beri minum susu mengandungi dadah)," kata ibu kepada tiga anak itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan terbabit sehingga menyebabkan anak bongsu tersebut mengalami 'allegedsympathomimetic drug ingestion' di sebuah rumah pangsapuri di Taman Medan, di sini pada jam 6 petang, 19 Februari lalu.
Mereka boleh dihukum bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin mencadangkan setiap tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.
"Ia termasuk syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan atau perkara lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
"Dua tertuduh ini merupakan pasangan suami isteri tetapi mereka tidak mendaftarkan perkahwinan di sini," katanya selepas ditanya oleh hakim mengenai hubungan tertuduh.
Bagaimanapun, wanita itu yang memakai baju berwarna hitam merayu agar kadar itu dikurangkan kerana dia tidak bekerja malah anak-anaknya memerlukannya di rumah.
Sementara suaminya yang mengenakan baju merah berkata, dia perlu menanggung anak-anak yang masih bersekolah termasuk menjaga ibu bapanya.
Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Syahliza membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.
"Mereka juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan dan tidak boleh mengganggu saksi-saksi, sehingga kes ini selesai.
"Mahkamah menetapkan 13 Mac depan untuk fakta dan hukuman bagi wanita manakala sebutan kes termasuk lantikan peguam bagi tertuduh pertama, suaminya," katanya.
Pada Ahad lalu, Sinar Harian melaporkan, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kesilapan membancuh susu mengandungi cecair dadah jenis syabu, sebelum diberikan kepada anak mereka yang berusia setahun.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail, kejadian hampir meragut nyawa bayi lelaki itu dikesan, ketika dia berada bawah jagaan neneknya, namun mangsa dikatakan tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal.
Katanya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun kemudiannya mengaku tersilap membancuh susu berkenaan, menggunakan air syabu milik suaminya yang berusia 40 tahun.
Polis berkata, hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 28 2024
Pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu atas pertuduhan menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah jenis 'methamphetamine. - Foto Sinar Harian
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukkan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Ibu mengaku beri bayi 16 bulan minum susu campur dadah
Sepasang suami isteri didakwa menganiaya anak lelaki mereka yang berusia setahun empat bulan, dengan memberi susu bercampur air mengandungi dadah.