awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu mentua upah gengster simbah cat merah

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2024
01:45 MYT
Ibu mentua upah gengster simbah cat merah
Pasangan itu tetap meneruskan perkahwinan mereka. - Foto agensi
MEXICO CITY: Gara-gara tidak merestui perkahwinan anak lelakinya, seorang wanita di Mexico sanggup mengupah tiga samseng untuk menyimbah cat merah pada gaun bakal menantunya.
Meskipun berdepan pelbagai halangan daripada keluarga pihak lelaki, pasangan itu dapat juga melangsungkan perkahwinan di bandar Ciudadd Obregon, wilayah Sonora pada 17 Februari lalu.
Kisah mereka menjadi tular di negara Amerika Utara tersebut setelah gaun dipakai pengantin perempuan 'rosak' akibat disimbah cat merah pada hari bahagia pasangan itu.
Beberapa sumber rapat dengan mereka mendakwa, tiga samseng muncul secara tiba-tiba ketika pengantin perempuan berada di luar gereja sebelum upacara perkahwinan bermula.
"Gengster itu turut merakamkan perbuatan mereka sebagai bukti kepada individu yang mengupah trio tersebut," ujar sumber itu lagi.
Difahamkan, keluarga pihak lelaki berulang kali cuba menghalang pasangan itu daripada berkahwin. - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#cat merah
#hari perkahwinan
#menantu
#gaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan