Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan kepada polis di sini, hari ini.
Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi.
Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur di sini, hari ini.
Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.
"Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor tentang kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul. Dia ini budak, dia tidak akan berbohong," katanya.
Felda Wani berkata dia tidak menyalahkan pihak madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.
"Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.
"Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik... anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku adalah perancangan Allah dan Allahyarham menjadi pilihanNya," katanya.
Felda Wani berkata sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.
"Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan," katanya.
Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail dekat sini pada petang Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2017
Felda Wani dipanggil memberi keterangan kepada polis hari ini. -Gambar fail
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ibu pelajar tahfiz Thaqif Amin dipanggil polis beri keterangan
Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah