MELAKA: Demi kasih dan sayang, seorang ibu rela mendermakan sebahagian hati untuk bayi perempuannya yang menghidap Biliary Atresia (BA) atau kegagalan fungsi hati, namun kini apa yang lebih membimbangkannya dana untuk menampung kos pembedahan itu masih tidak mencukupi.
Noreen Ismail, 35, berkata kira-kira RM180,000 lagi dana diperlukan Nur Khayla Azzahra Mohamed Khairul Idhham yang kini berusia setahun enam bulan untuk membolehkannya menjalani pemindahan hati di China.
Katanya, mereka memerlukan dana keseluruhan berjumlah RM250,000 dan pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk dan pada masa ini, tahap bacaan jaundis anaknya itu melebihi 300.
"Selepas menjalani beberapa prosedur, hati saya didapati sesuai untuk diberikan kepada Nur Khayla dan doktor mengatakan hanya dua peratus hati saya yang diperlukan untuknya pada pembedahan itu, manakala keseluruhan hatinya akan dibuang.
"Buat masa ini, tiada tarikh tetap diberikan untuk Nur Khayla menjalani pembedahan, namun semuanya bergantung pada dana yang berjaya dikutip sehingga mencukupi," katanya kepada pemberita di Taman Desa Baru, Bukit Baru di sini hari ini.
Terdahulu, keluarga berkenaan menerima kunjungan Nor Komariah Mohd Khalid Lourdes Lio, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan "Dak Nor" yang menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 hasil jualan amal mi siput untuk Nur Khayla melalui laman sosial TikTok selain dihadiri Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.
Mengulas lanjut, Noreen berkata Nur Khayla pernah melakukan Kasai Procedure sebagai kaedah pertama iaitu pembedahan membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus ke hati, namun dia tidak boleh bertahan sehingga dewasa dan tetap memerlukan pemindahan hati.
"Doktor pakar juga memberitahu keadaan Nur Khayla kini berada dalam keadaan sangat baik dan bersedia untuk menjalani pembedahan, selain peluang untuk pembedahan itu berjaya ialah 94 peratus dan peluang untuk sembuh juga adalah tinggi.
"Setiap hari saya memikirkan nasib Nur Khayla dan selagi dia berpeluang untuk sembuh sudah tentu saya sanggup melakukan apa sahaja, selain amat berharap kami berjaya mengutip dana yang diperlukan kerana mahu lihat dia sembuh dan sihat seperti kanak-kanak lain," katanya.
Sementara itu, Nor Komariah berkata dia terpanggil untuk berkongsi rezeki selepas melihat video kanak-kanak terbabit dan merasa simpati dengan nasibnya yang masih kecil dan diuji penyakit kronik itu.
Katanya, walaupun sumbangan sebanyak RM2,000 itu tidak besar, ia diharap dapat meringankan sedikit beban mereka untuk mengumpul dana besar yang diperlukan, selain memberitahu akan meneruskan usaha menjual mi siput dan kuih raya selepas ini untuk membantu Nur Khayla.
Orang ramai yang ingin menyumbang dan mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Noreen melalui talian 018-3705480 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 569963044145, atas nama suaminya, Mohamed Khairul Idhham Khairuddin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024
Noreen Ismail memberitahu, pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk. - Bernama
AWANI Pagi: Selamatkah kita di dalam dunia kecerdasan buatan?
Bersempena sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia pada 17 Mei bertemakan inovasi digital dan kemampanan pembangunan, AWANI Pagi bawakan topik menarik mengenai keselamatan di dalam dunia kecerdasan buatan.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
AWANI Ringkas: Inflasi Malaysia 2023 catat peningkatan perlahan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Ibu perlu dana RM180,000 untuk pembedahan hati anak
Noreen Ismail memberitahu, pembedahan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan hati anaknya menjadi lebih teruk.
Dana bayi bengkak hati kini cukup untuk pembedahan
Hasrat dan impian keluarga adik Aril untuk melihatnya hidup seperti kanak-kanak normal bakal tercapai berikutan dana pembedahan hati bayi tersebut kini sudah mencukupi.