awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM mohon pertimbangan PM pelepasan perolehan dana bagi perbelanjaan operasi
Hutan di Taman Botani Pulau Pinang terbakar
Kebakaran hutan di Australia Barat, perintah pemindahan dikeluarkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun

Bernama
Bernama
04/02/2026
12:15 MYT
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam kes memukul seorang wanita dan mendera anak perempuannya berusia 10 tahun di sebuah kediaman di Putra Heights, dekat Subang Jaya, semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam kes memukul seorang wanita dan mendera anak perempuannya berusia 10 tahun di sebuah kediaman di Putra Heights, dekat Subang Jaya, semalam.

Ringkasan AI
  • Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki terlibat dalam kes memukul seorang wanita dan mendera anak perempuannya berusia 10 tahun di kediaman Putra Heights, Subang Jaya.
  • Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat, menyatakan ketiga individu berusia 17 hingga 49 tahun itu ditahan susulan laporan polis dibuat oleh mangsa.
  • Siasatan polis mendapati mangsa dan anaknya tinggal serumah dengan suspek utama sebagai ibu saudara mangsa, manakala dua suspek lain adalah sepupu mangsa. Kesan kes disiasat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata ketiga-tiga warga tempatan berusia lingkungan 17 hingga 49 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 2.29 petang, Selasa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dan anaknya tinggal serumah bersama kesemua suspek, dengan suspek utama merupakan ibu saudaranya, sementara dua lagi suspek yang berumur 24 dan 17 tahun adalah sepupu mangsa wanita itu.
"Kejadian dipercayai membabitkan perbuatan memukul mangsa serta penderaan fizikal terhadap anak perempuan mangsa yang berusia 10 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azlan berkata susulan tangkapan itu, kesemua suspek direman tiga hari bermula hari ini sehingga 6 Feb bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian atau penganiayaan kanak-kanak dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
"Kertas siasatan akan dilengkapkan segera sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk arahan selanjutnya. Polis turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat berhubung kejadian ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dera kanak-kanak
#Polis Daerah Subang Jaya
#ibu saudara
#sepupu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan